Artis Ajak Peminat Sertai Maulid Akbar Selawat Perdana

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:30 AM

Antara artis terlibat dalam sidang media program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 25 selebriti terkenal tanah air tampil memberikan sokongan kepada program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah yang bakal berlangsung di Dataran Putra, Presint 3, Putrajaya pada 8 Mei depan.

Ketua Pegawai Ekskutif, Yayasan Perdana Ummah (YPD), Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, penglibatan selebriti pada acara itu adalah dengan cara mempromosikan majlis tersebut menerusi media sosial masing-masing untuk mengajak semua peminat menghadiri majlis ilmu berprestij tersebut.

"Alhamdulillah tahun ini sambutan daripada rakan-rakan artis yang ingin sertai  program ini amat memberangsangkan malah mereka juga turut menggunakan laman sosial untuk mengajak peminat sama-sama menyertai majlis perhimpunan umat Islam terbesar itu.

"Insya-Allah dengan pengaruh yang ada pada mereka dapat mengajak semua peminat dalam program santai selain dapat menyatukan umat Islam seluruh negara," katanya kepada mStar Online.

Shahrul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program berkenaan di Hotel Royale Chulan, The Curve di sini, Isnin.

Shahrul Nasrun.

Antara artis yang memberikan sokongan adalah Amy (Search), Mawi, Bunkface, Adi Putra, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Fathia Latiff, Aizat Amdan, Adam AF dan Johan As'ari.

Turut terlibat ialah Ashraf Muslim, Hafreez Adam, Adam Corrie, Yatt Hamzah, Bienda, Siti Fazurina, Luftya, Uqasha Senrose, Rita Rudaini, Black, RJ dan Asfan.

Dalam pada itu, Shahrul berkata, majlis ilmu itu bertemakan kesatuan, perpaduan dan persaudaraan adalah kemuncak kepada program induk Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya bermula 6 hingga 8 Mei depan.

Maulid Akbar Selawat Perdana 1436 Hijrah itu akan menampilkan lebih 25 ulama agama terkenal dan berpengaruh dari seluruh dunia di ketuai Habib Umar Hafidz dari Yaman.

"Seperti tahun sebelum ini program ini umat Islam sama-sama berselawat, berqasidah dan tazkirah dengan mengagungkan kebesaran Allah dan Rasulullah sebagai ikon dicontohi seluruh umat Islam.

"Pengisian kali ini turut memperdengarkan tazkirah daripada ulama seluruh dunia dan diselangi dengan bacaan Maulid dan qasidah yang akan disampaikan oleh Mostafa Aref dari Yaman bersama kumpulan tempatan," katanya.

Program itu adalah rentetan daripada kejayaan program Selawat Perdana yang diadakan di Dataran Putra, Pada 21 Mac lalu yang menghimpunkan 500,000 umat Islam.

Sementara itu, penyanyi Adam (AF) menyifatkan penganjuran program berkenaan mampu menyatukan dan merapatkan umat Islam dalam sebuah majlis agama.

Jelasnya, sebagai selebriti dia gembira dapat bersama-sama dalam majlis itu malah akan menggunakan semua medium yang ada untuk mengajak peminat turut serta.

"Ini bukan kali pertama saya mengikuti majlis-majlis sedemikian dan laman sosial adalah platform terbaik untuk menyebarkan perkara ini.

"Keseronokkan menyertai majlis-majlis sebegini sukar digambarkan tetapi cukup terharu dapat melihat ramai umat Islam berkumpul dan bersatu atas nama Islam," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Maulid Akbar , Shahrul Nasrun

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan