15 Filem Perancis Ditayang Sempena 'French Art & Film Festival 2015'

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 3:54 PM

Filem komedi Qu’est-ce qu’on a fait au Bon Dieu? antara yang akan ditayangkan sempena French Art & Film Festival 2015.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak 15 filem Antarabangsa Perancis bakal ditayangkan di lima buah pawagam Golden Screen Cinema (GSC) sempena sambutan French Art & Film Festival 2015 bermula 14 Mei depan.

Acara kali ke-14 yang dianjurkan oleh Alliance Francaise dan Kedutaan Perancis ini adalah untuk membawa keindahan seni perfileman dan kebudayaan negara itu untuk tatapan umum.

Kaunselor Kebudayaan, pejabat kedutaan Perancis di Malaysia, Jean-Pierre Galland berkata, festival ini penting dalam menyampaikan budaya dan kehidupan masyarakat negara itu di mata dunia.

"Pihak kami berasa terharu untuk menjayakan festival ini di Malaysia dan kami mengharapkan perkongsian cara hidup kami ditonton oleh semua.

"Pemilihan filem untuk tayangan di festival kali ini berdasarkan nilai murni dan budaya Perancis yang diterapkan dalam setiap karya yang dihasilkan,” katanya kepada mStar Online.

Jean-Pierre ditemui pada sidang media Festival Seni dan Filem Perancis 2015 yang diadakan di GSC Signature, The Gardens di sini pada Selasa.

Selain filem, festival yang bakal dijalankan selama sebulan itu turut mengetengahkan persembahan tarian, muzik, pameran fotografi dan gastronomi daripada beberapa karyawan Perancis.

Festival ini bakal berlangsung di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Antara pawagam yang terpilih untuk tayangan filem sempena acara ini ialah seluruh pawagam GSC di Lembah Klang iaitu Pavillion, Mid Valley Megamall, 1 Utama, dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Berikut merupakan 15 filem yang bakal ditayangkan sempena French Art & Film Festival 2015.

1. Quai d’Orsay
2. 9 Mois Ferme
3. Attilia Marcel
4. Je fais le mort
5. La Belle et la Bete
6. 2 automnes, 3 hivers
7. De toutes nos forces
8. Les Beaux Jours
9. Lulu femme nue
10. Amazonia
11. Oceans
12. Michael Kohlhaas
13. Chroniques d’une cour de recre
14. Qu’est-ce qu’on a fait au Bon Dieu?
15. Ma maman est an Amerique, elle a recontre Buffalo Bill

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan