Individu Kutuk Majlis Akikah Anak Fizz Fairuz & Almy Nadia Tidak Bertamadun

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:32 AM

Fizz Fairuz dan Almy Nadia bersama anak mereka yang baru lahir iaitu Nur Afrina Arianna. Turut kelihatan anak angkat mereka iaitu Nur Afrina Darwisya yang berusia enam tahun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz menganggap pihak mengutuk majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afriana Ariana yang dikatakan mewah dan membazir adalah individu tidak bertamadun.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, sejak dari awal dia sedar perkara itu akan ditimbulkan namun apa yang dilakukannya itu bukan untuk memuaskan hati sesiapa sebaliknya untuk kepentingan dia sekeluarga.

"Apa yang saya lakukan itu adalah mengikut kemampuan dan rezeki saya. Tidak lebih… mahupun kurang.

"Hanya orang yang tidak bertamadun sahaja yang membuat pertikaian seperti itu tetapi biarlah mereka sekadar berkata-kata tanpa tahu situasi sebenar," katanya kepada mStar Online.

Nur Afrina Arianna yang lahir pada 16 Februari 2015.
Fizz mengulas mengenai kritikan dan teguran di laman sosial berhubung majlis pada Ahad lalu yang dilihat mewah, membazir dan tidak mengikut seperti yang digariskan dalam Islam iaitu besederhana.

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia dan isterinya, Almy Nadia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila mengadakan majlis berkenaan.

Sebaliknya majlis itu diberi perhatian kerana mereka adalah selebriti selain mendapat liputan media.

"Jika diikutkan majlis itu biasa sahaja tetapi mungkin nampak mewah kerana hiasannya dan liputan diberikan pihak media.

"Saya tahu sejauh mana kemampuan dan apa yang kami lakukan itu adalah semata-mata untuk meraikan anak kami dan melakukan akikah untuknya," jelas Fizz.

Sementara itu, Fizz berkata, dia tidak berhasrat untuk membalas segala komen negatif diterimanya di laman sosial kerana menganggap ia membuang masa.

"Kalau balas pun saya tidak dapat apa-apa. Mereka berhak bersuara tetapi janganlah melampau," katanya.
Tags / Kata Kunci: Fizz Fairuz , Almy Nadia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan