Dan (Loka) Gabung Jual Lagu Untuk Kerja Amal - Berita Hiburan | mStar

Dan (Loka) Gabung Jual Lagu Untuk Kerja Amal

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:34 PM

Dan, vokalis kumpulan Loka.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Loka iaitu Dan Azreen bergabung bersama empat artis tempatan lain dalam menghasilkan sebuah lagu bertajuk Jangan Bimbang untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Dan Azreen atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 23, berkata, artis-artis berkenaan ialah Adeep Nahar, Altimet, Erwan Muhibbain dan bapanya Andy (Flop Poppy).

"Ini merupakan salah satu cara untuk kami menolong orang lain dengan cara menjual lagu menerusi ‘download’ di iTunes untuk kumpul dana membantu golongan yang memerlukan.

"Hasil keseluruhan kutipan itu akan disalurkan terus ke tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, selain iTunes orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh juga memuat naik lagu itu menerusi aplikasi Spotify.

"Kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada lagu ini mereka hanya perlu memuat lagu ini tanpa sebarang harga dan harus membeli sendiri mengikut harga yang mahu didermakan menerusi iTunes & Spotify.

"Saya harap lagu ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai yang memuat naik lagu ini supaya dapat menderma dan dalam masa yang sama mereka dapat berhibur," katanya.

Mengenai Jangan Bimbang, Dan berkata, lagu berkenaan adalah ciptaan Adeep Nahar manakla lirik turut ditulis oleh Adeep Nahar sendiri bersama Altimet.

Dalam pada itu, Dan berkata lagu itu menceritakan tentang harapan, kasih sayang dan keyakinan untuk meneruskan perjuangan hidup biarpun dilanda dugaan dan rintangan. 

"Kami berharap lagu ini akan menjadi satu suntikan semangat baru bagi yang mendengarnya dan semoga segala usaha dari yang terlibat mendapat keberkatan dan rahmat daripada Yang Maha Esa," katanya.
Tags / Kata Kunci: Dan , Loka
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan