Aman (AF 2014) Semakin Yakin Untuk Terus Bergelar Artis

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 12:04 AM

Aman lebih yakin berdepan dengan orang ramai. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baru Aman menganggap dirinya semakin matang daripada segi pemikiran dan cara penampilan sejak bergelar selebriti beberapa bulan lalu.

Aman atau nama sebenarnya Muhammad Razman Abdul Aziz, 22, berkata, kematangan itu dapat dirasai lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan orang ramai di acara-acara hiburan mahupun ketika membuat persembahan pentas.

"Sejak dahulu lagi masalah saya adalah mencari keyakinan diri. Dan perkara itu membuatkan saya berasa terlalu kecil. Mujurlah pihak Astro memberi peluang mengasah skil komunikasi saya dengan Datuk Aznil Nawawi.

"Dia telah membuatkan saya yakin diri sekali gus lebih matang dalam segala hal termasuklah ketika di pentas," katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Aman berkata, kerja-kerja lakonan yang dilakukan turut membuatkan dia yakin bahawa mampu berjaya di bidang seni tempatan.

Sementara itu, Aman berkata, sejak terlibat dengan lakonan menerusi drama Cinta Suci Jadi Saksi bersama Elfira Loy, dia ingin mengembangkan bakat lakonannya pula dan mahu melihat sejauh mana dirinya mampu bekerja di bidang itu.

Bukan itu sahaja, Aman turut berhasrat untuk bergelar pengacara, namun masih lagi mencari peluang dengan stesen-stesen televisyen.

"Kalau boleh saya mahu cuba semua. Barulah kita tahu yang mana satu bidang kekuatan kita.

"Memandangkan saya masih lagi baru dalam industri seni, saya ingin mengambil semua peluang yang ada," ujarnya.

Sementara itu, Aman bakal membuat persiapan untuk single lagu kedua tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Aman

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan