Almy Nadia Bimbang Bayinya Dikutuk Pengikut Laman Sosial

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 12:06 AM

Akikah Anak Almy Nadia Dan Fizz Fairuz

  • 1 of 5
  • Akikah 1

    Fizz Fairuz (tengah) mendukung anaknya, Nur Afrina Arianna bersama para tetamu pada majlis akikah dan cukur jambul yang diadakan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 26 April 2015.

  • Almy Nadia 2

    Fizz Fairuz dan Almy Nadia (tengah) bersama tetamu meraikan majlis akikah dan cukur jambul anak mereka iaitu Nur Afrina Arianna yang diadakan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 26 April 2015. Nur Afrina Arianna lahir pada 16 Februari lalu.

  • Almy Nadia 3

    Almy Nadia (tengah) mendukung anaknya, Nur Afrina Arianna pada majlis cukur jambul dan akikah yang diadakan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 26 April 2015. Nur Afrina Arianna lahir pada 16 Februari 2015.

  • Almy Nadia 4

    Fizz Fairuz dan Almy Nadia bersama anak mereka yang baru lahir iaitu Nur Afrina Arianna pada majlis akikah dan cukur jambul yang diadakan di Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 26 April 2015. Turut kelihatan anak angkat mereka iaitu Nur Afrina Darwisya yang berusia enam tahun.

  • Almy Nadia 5

    Inilah wajah Nur Afrina Arianna anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang lahir pada 16 Februari 2015.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia memberitahu dia takut untuk mendedahkan gambar anaknya, Nur Afrina Arianna sejak bayi itu dilahirkan kerana risau dengan kutukan yang bakal diterima.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia kini bersedia untuk berkongsi gambar anaknya kepada umum selepas dua bulan anaknya dilahirkan.

"Pada mulanya bukan saya tidak mahu berkongsi wajah anak kepada umum tetapi saya mengambil pendekatan supaya lebih berhati-hati kerana risau kutukan yang bakal diterima oleh orang yang digelar keyboard warrior.

"Kami memilih hari ini (Ahad) sempena hari ulang tahun pertama perkahwinan suami untuk tampil mendedahkan wajah anak kepada umum menerusi media sosial," katanya kepada mStar Online.

Almy berkata demikian ketika ditemui pada majlis cukur jambul dan akikah anaknya, Nur Afrina Arianna , di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, Ahad.

Nur Afrina Arianna

Turut hadir pada majlis itu Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy.

Dalam pada itu, Almy berkata, dia akan bergilir-gilir menjaga anaknya dengan suami kerana risau mengambil pembantu rumah.

"Saya dengan suami akan bergilir-gilir menjaga anak jika salah seorang sibuk kerana itu merupakan cara terbaik untuk memastikan anak saya selamat.

"Sebenarnya saya tidak yakin untuk mengupah pembantu rumah menjaga anak kerana maklumlah kini kita dengan bermacam-macam cerita mengenai pembantu rumah," jelasnya lagi.

Sementara itu, suami kepada Almy iaitu Fizz Fairuz memberitahu, sejak mempunyai anak dia akan sentiasa balik ke rumah walaupun menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai penggambaran.

"Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.

"Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja walaupun saya menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur," katanya.

Terdahulu, Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada 16 Februari lalu.
Tags / Kata Kunci: Almy Nadia , Fizz Fairuz

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan