Muzik Rock Etnik Borneo Konsep Album Estranged

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 5:30 AM

Rich (dua dari kiri) bersama Estranged.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Band indie Estranged bakal menghasilkan album berentak rock moden bersama gabungan muzik etnik Borneo dalam masa terdekat.

Vokalis Estranged, Rich atau nama sebenarnya Richael Lawrence Gimbang, 33, berkata, pemilihan muzik etnik Borneo adalah untuk menonjolkan rentak yang berbeza.

“Kami dalam proses penghasilan album terbaru dan semua lirik sudah sedia untuk dirakamkan tidak lama lagi.

"Elemen muzik etnik Borneo dipilih untuk menghasilkan irama yang unik namun lebih istimewa dengan gabungan rentak rock moden,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Rich juga mengharapkan gabungan rentak di dalam muzik yang bakal diterbitkan itu akan menjadi identiti baru buat Estranged pada masa hadapan.

Rich juga memberitahu, album yang bakal diterbitkan itu hanya memuatkan beberapa lagu sahaja tidak seperti album terdahulu yang mempunyai sebanyak 12 buah lagu.

“Album ini akan mengandungi kurang dari tujuh lagu kerana kami harap dapat menghasilkan lebih banyak album pada masa hadapan.

“Sebenarnya kami merancang untuk keluarkan album pada tahun lepas tetapi disebabkan ada sedikit halangan jadi album tersebut bakal dihasilkan pada tahun ini,” katanya.

Selain Rich, Estranged dianggotai Solihuddin Hormat (bes), Nor Hanafi (gitar utama) dan Azwin Andy Malik (dram).

Sementara itu, Estranged yang kini berada di Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan keluarga mereka yang menetap di Sabah untuk meneruskan pembikinan album baharu.


Tags / Kata Kunci: Estranged

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan