Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira - Berita Hiburan | mStar

Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 10:25 AM

Sam Bunkface (kiri) bersama isteri, Aida Azira. Foto ihsan Muhammad Zameer

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam selamat bergelar suami kepada seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira Husin, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.24 pagi, Sabtu.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, dan Aida Azira dinikahkan oleh jurunikah Masjid Al-Islah Serdang Jaya, Mohd Ramizi.

Aida Azira diwalikan oleh abang kandungnya Azree Husin.

Pada majlis yang diadakan di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan, di sini, Sam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sepadan... Sam dan Aida Azira. Foto dari Instagram Sam.
Pengantin lelaki turut menyerahkan empat dulang barangan hantaran iaitu Al Quran, mas kahwin, cincin, sejadah dan set telekung.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas tiga dulang iaitu Al Quran, Cincin, dan sejadah.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2014.

Pasangan berkenaan terus mengadakan majlis resepsi bagi pihak lelaki di lokasi yang sama selepas sahaja selesai akad nikah.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.
Tags / Kata Kunci: Bunkface
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan