Ajai Tidak Terkesan Foto Tayang Badan Dikritik

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 5:32 AM

Ajai

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer dan penyanyi Ajai dia tidak terkesan dengan pandangan negatif sesetengah pihak yang tidak berpuas hati selepas dia memuat naik gambar tidak berbaju di laman Instagram.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata,  dia tidak berhak untuk menghalang orang luar membuat penilaian terhadap tindakannya itu kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri.

"Pada saya isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana semua orang tahu saya cuma tidak memakai baju dan masih lagi berseluar bukannya gambar tersebut menunjukkan saya bogel.

"Saya tidak kisah orang ingin mempertikaikan perkara itu kerana ia merupakan pendapat masing-masing dalam memberi pandangan tentang apa yang mereka rasa kerana mulut orang bukan kita boleh tutup.

"Perkara seperti ini tidak perlu menjadi persoalan kerana ia hanyalah perkongsian aktiviti saya kepada peminat," katanya kepada mStar Online.

mStar Default Image
Ajai memuat naik gambarnya tidak berbaju di Instagram adalah untuk memberi motivasi bukan sahaja pada dirinya tetapi kepada orang ramai agar menitikberatkan penjagaan kesihatan.
Jelas Ajai, dia memandang perkara tersebut dari sudut  positif iaitu sebagai pembakar semangat untuk dia terus melakukan senaman dan menjalani kehidupan yang sihat.

Tambahnya lagi, tujuan dia berkongsi gambar tersebut adalah untuk memotivasikan para pengikutnya di laman Instagram supaya mereka juga turut mengamalkan gaya hidup sihat sepertinya.

"Saya amat kesian kepada mereka yang berkata demikian mungkin individu terbabit juga harus melibatkan diri dalam senaman bina badan ini.

"Tujuan meletak gambar tersebut adalah untuk motivasi kepada orang ramai  terutamanya kepada orang ramai yang lingkungan umur seperti saya.

”Mereka harus menjaga kesihatan dan ia dapat memotivasi orang yang berperut buncit supaya melakukan senaman untuk menyihatkan badan," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ajai berkata dia kini sedang sibuk mempromosikan single keduanya bertajuk Gara Diriku dan bakal melancarkan album terbaharunya pada tahun ini.
Tags / Kata Kunci: Ajai

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan