'Romancinta' Nyanyian Mojo Lagu Paling Popular Di Red Box

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 5:29 AM

Kumpulan Mojo

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Lagu Romancinta nyanyian kumpulan Mojo dipilih sebagai lagu berbahasa Malaysia paling top kerana sering menjadi pilihan pengunjung pusat hiburan karaoke Red Box sepanjang 2014.

Lagu lain yang turut tersenarai antara 10 lagu berbahasa Malaysia paling popular Red Box 2014  ialah Setelah Kau Tiada (Cakra Khan), Malaikat (Hazama), Tepi Sikit (Sleeq & Joe Flizzow) dan Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah).

Turut menerima anugerah itu ialah Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Salahkah (Rossa & Hafiz), Jaga Dia Untukku (Datuk Siti Nurhaliza) dan Akhiri Penantianku (Alif Satar).

Red Box turut menyampaikan 10 anugerah bagi kategori lagu berbahasa Inggeris yang mendapat sambutan iaitu Let It Go (Idina Menzel), Happy (Pharrell Williams), Animals (Maroon 5), Rude (Magic), Thinking Out Loud (Ed Sheeran).

Antara wakil pemenang lagu paling popular pilihan di Red Box sepanjang 2014.

Turut tersenarai All of Me (John Legend), Human (Christina Perri), Stay With (Sam Smith), Chandelier (Sia) dan Shake It Off (Taylor Swift).

Penghargaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Red Box iaitu Michael Yong kepada artis dan wakil syarikat rakaman terlibat dalam satu majlis yang diadakan di pusat beli belah IOI Mall Puchong di sini, malam Rabu.

Penyanyi Datin Alyah membuat kemunculan istimewa untuk menerima trofi kemenangannya.

Hampir 200 wakil media dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti nyanyian karaoke, permainan berkumpulan dan cabutan bertuah.

Tetamu turut dihiburkan oleh persembahan Deasy Natalina berduet bersama Lawa Nie Geng bertajuk Aduh-aduh Sayang.

Tags / Kata Kunci: Romancinta , Mojo

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan