Fahrin Ahmad Berasa Malu Lakonkan Adegan Intim

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 5:30 AM

Fahrin bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Pilot Cafe pada 30 April ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad menjelaskan dia berasa malu apabila terpaksa melakonkan adegan intim dalam filem terbaharunya, Pilot Cafe yang bakal menemui penonton pada 30 April ini.

Fahrin, 34, berkata, biarpun mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut namun dia masih berasa gementar apabila diminta melakonkan adegan berpelukan dengan wanita ataupun beraksi intim.

"Sehingga ke saat ini saya masih berasa malu dan gementar untuk melakonkan aksi-aksi intim bersama pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem.

"Filem Pilot Cafe paling membuatkan saya gementar kerana banyak adegan memerlukan saya beraksi sedemikian sampai saya berasa malu," katanya kepada mStar Online.

Fahrin mengakui berasa gementar apabila dia perlu melakonkan babak intim.

Karya arahan Osman Ali itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak dan Keith Foo.

Dalam pada itu, Fahrin berkata, bagi mengelakkan dia melakonkan adegan tersebut berulang kali dia akan memberikan aksi terbaik ketika penggambaran supaya tidak perlu mengulang semula babak itu.

Kata Fahrin, meskipun dia berasa tidak selesa namun sebagai pelakon dia perlu bersikap profesional ketika menjalankan tanggjungjawab diamanahkan kepadanya.

"Saya akan pastikan saya memahami sesuatu babak itu dan kehendak pengarah sebelum memasuki set penggambaran dan akan cuba tidak mengulang adegan intim berulang kali," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai wataknya sebagai Ameer Reza yang banyak menitiskan air mata dalam Pilot Cafe, Fahrin berkata, dia sendiri tidak menyangka dapat melakonkan adegan menangis dengan baik.

Barisan pelakon filem Pilot Cafe.

Kata Fahrin, pengalaman hidup yang pernah dilaluinya banyak membantu dalam menjiwai watak berkenaan sehingga dia mudah menitiskan air mata.

"Setiap lekaki ada sifat feminin dalam diri mereka dan saya tidak malu untuk mengaku bahawa pengalaman kehidupan sebelum ini banyak membantu saya untuk menitiskan air mata untuk menjayakan watak Ameer Reza.

"Pun begitu teknik lakonan yang betul selain tunjuk ajar daripada pengarah turut banyak membantu saya dalam menjayakan peranan tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri berjudul Eksperimen Cinta selain meneruskan tugas sebagai pengulas sukan menerusi program Sukan RTM di TV1.
Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad , Pilot Cafe.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan