Black Sudah Kenal Pasti Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2015 5:32 AM

Black Hanafiah. Foto dari Instagram Black.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas meluahkan hasrat menyaman seorang pengikut Instagram yang memanggil anaknya beruk, penyanyi Black Hanafiah mendedahkan pula identiti indivdiu berkenaan adalah seorang pelajar universiti.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, individu tersebut yang merupakan seorang lelaki digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini.

“Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, di sini, Selasa.

Black sebelum ini membuat laporan polis selepas seorang pengikut Instagram miliknya menggelarkan anak dia, Khaleef Dayyan yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk.

mStar Default Image
Isteri Black iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi memuat naik gambar individu yang memanggil anaknya beruk.

Dalam pada itu, Black berkata, dia memandang perkara itu sebagai serius kerana ia melibatkan anaknya dan menganggap individu terbabit cuma ingin mendapat publisiti murahan melalui komen di Instagram yang diberikan.

"Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya.

"Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka," tegas Black.

Tambah Black, tujuan dia mendesak individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.

Dalam perkembangan lain, Black sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya bertajuk Mana Mungkin dan kini dalam proses penggambaran muzik video lagu itu.
Tags / Kata Kunci: Black Hanafiah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan