Adik Dilantik Pengganti Arwah Achik (Spin)

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 5:30 AM

Kumpulan Spin dari kiri; Fidaz, Shah, Aie dan Raymie bersama vokalis baru mereka iaitu Awis (duduk).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas lima tahun kematian Achik (Spin)  akibat kemalangan jalan raya, kumpulan tersebut memutuskan adik penyanyi tersebut iaitu Awis menerujui band itu sebagai penyanyi utama.

Menurut salah seorang ahlinya iaitu Aie atau nama Wan Mohd Zuhairi Wan Mohd Zain, pemilihan Awis dibuat selepas mereka mengadakan uji bakat bagi mencari penyanyi baru.

"Kami mengadakan uji bakat untuk mencari pengganti vokalis asal yang boleh memberi nafas semula kepada kumpulan Spin selepas lima tahun pemergian arwah Achik.

"Awis telah dipilih sebagai vokalis baru kumpulan Spin selepas kami mendapati dia mempunyai jiwa dalam menyampaikan lagu dan memahami perjuangan Spin," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Spin ditemui pada majlis 'Santai Bersama Spin' di Restoran Hase Ikan Bakar, Damansara Damai.

Awis, penyanyi baru Spin.

Majlis itu merupakan tribute kepada arwah Achik yang telah meninggal dunia lima tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

Tambahnya lagi, kemunculan semula Spin selepas lima tahun menyepi dari industri muzik adalah untuk meneruskan perjuangan kumpulan itu dengan mengekalkan genre muzik yang sama.

"Perjuangan kami terhenti seketika selepas pemergian arwah Achik serta sukar untuk bergerak kerana tidak mempunyai vokalis dan kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

"Kemunculan semula kumpulan ini adalah untuk meneruskan perjuangan Achik dan Spin bagi merubati kembali hati peminat serta memeriahkan lagi industri seni tanah air.

"Kami akan mengekalkan genre muzik yang sama seperti dahulu dan akan mewarnai muzik tersebut dalam bentuk yang lebih moden dengan mengikut pengedaran zaman masa kini," jelasnya.

Kumpulan tersebut kini tampil dengan lima orang anggota iaitu Awis (Vokalis), Raymie (Pemain Bes), Fidaz (Dram), Shah (Gitaris) dan Aie (Gitaris).

Terdahulu, Allahyarham Achik Spin meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda.

Spin suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Mengusung Rindu, Janji Kita, Utusan Rindu dan Hadirlah Mustika yang masih menjadi siulan ramai.
Tags / Kata Kunci: Achik , Spin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan