Mariani Tepis Tuduhan Masih Berlakon Kerana Kesempitan Hidup

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 1:31 PM

Seniwati Mariani

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seniwati Mariani menepis dakwaan yang mengatakan dia terpaksa berlakon pada usia emas disebabkan kesempitan hidup.

Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 82, berkata, dia sebenarnya meneruskan kerjaya berkenaan bukan kerana terlalu mengharapkan wang perbelanjaan tetapi disebabkan cintanya terhadap dunia lakonan.

"Saya langsung tidak mengharapkan duit perbelanjaan menerusi lakonan kerana anak saya Melissa sudah membantu saya dan dulu Allahyarham Saloma juga adalah individu yang membantu saya.

"Penglibatan saya dalam dunia seni sehingga sekarang adalah kerana saya suka menghiburkan peminat dan saya tahu mereka masih menerima kehadiran saya," katanya kepadamStar Online.

mStar Default Image
Mariani meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 82 pada Isnin bersama rakan-rakan.
Mariani ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-82 di Saloma Bistro di sini pada malam Isnin.

Majlis berkenaan ia turut dihadiri ahli keluarga seniwati itu dan teman artis antaranya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir, Dian P. Ramlee, Rashid Sibir, Sharifah Shahira dan Maimunah Ahmad (Mak Jah).

Tambah Mariani, beliau akan meneruskan karier lakonan selagi khidmatnya masih diperlukan.

Kesihatannya juga semakin pulih namun tidak menafikan faktor usia menyebabkan dia tidak mampu berada di lokasi penggambaran dalam tempoh masa yang lama.

Mariani (duduk) bersama ahli keluarganya.
“Selagi hayat saya berpanjangan dan masih berkemampuan, saya akan meneruskan lakonan dan tidak menolak tawaran yang diberi lagipun saya masih boleh menghafal skrip.

"Kesihatan saya semakin pulih Cuma tidak seperti dahulu kerana sekarang saya berjalan pun perlahan dan kalau ada pengambaran saya hanya mampu beri komitmen selama dua hari sahaja," katanya yang sebelum ini menghidap komplikasi pada bahagian usus.

Dalam perkembangan lain, Mariani baru saja selesai menjalani pengambaran tiga telefilem iaitu Kampung Semarah Padi, Hospital Mati Lampu dan Kronologi Penjual Roti.
Tags / Kata Kunci: Mariani

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan