Peserta Sabah Dominasi 'Ceria Popstar' Musim Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 9:00 PM

Peserta dan pembimbing program Ceria Pop Star musim ketiga.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Ceria Popstar musim ketiga memperlihatkan 60 peratus peserta akhir pertandingan itu berasal dari Sabah.

Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin berkata, musim ini sambutan daripada peserta negeri itu luar biasa dan banyak bakat boleh diketengahkan.

"Alhamdulillah sambutan tahun ini amat menggalakkan terutama dari Sabah.

"Sukar bagi kami untuk menolak bakat-bakat bagus daripada sana dan enam daripada sepuluh peserta kami pilih daripada Sabah," katanya kepada mStar Online.

Hadzelynda ditemui pada sidang media program berkenaan di The Bee Publika, di sini, Selasa.

Ceria Popstar musim ketiga bakal bersiaran menerusi episod pengenalan Tirai Ceria Popstar pada 24 April ini pukul 8.30 malam diikuti Diari Ceria Popstar pada hari dan waktu sama bermula 1 Mei depan.

Johan (Raja Lawak) juri Ceria Pop Star musim ketiga.

Manakala Konsert Mingguan Ceria Popstar akan disiarkan bermula 1 Mei depan pada pukul 9 malam.

Empat peserta lelaki yang bertanding adalah Ifwat, 10, (Selangor), Fikry, 11, (Melaka), Zack, 13, (Sabah) dan Shufaad, 15, (Sabah).

Manakala enam peserta perempuan adalah Adinda, 10, (Perak), Farhana, 10, (Sabah), Pasqa, 11, (Sabah), Weena, 14, (Sabah), Vanessa, 15, (Selangor) dan Dayang, 15, (Sabah).

Sementara itu, Hadzelynda berkata, pemilihan tahun ini lebih serius yang mana 23 peserta tersenarai perlu menjalani bootcamp untuk dinilai sebelum memilih 10 peserta terbaik.

Bagaimanapun katanya, tahun ini kesemua peserta yang hadir uji bakat di empat lokasi iaitu Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah menunjukkan persediaan rapi selain mereka memahami konsep program berkenaan.

"Melalui perhatian kami semua peserta yang hadir di empat buah lokasi ketika musim cuti sekolah lalu rata-rata calon yang hadir jauh lebih bersedia dari segi persembahan.

"Mereka sudah faham dengan kehendak pertandingan tersebut selain masing-masing kekuatan dan personaliti unik," katanya.

Musim terbaharu ini masih mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara manakala Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai penaung program berkenaan.

Empat orang juri iaitu Johan (Raja Lawak), Datuk AC Mizal, Zizan Razak dan seorang juri jemputan akan menilai persembahan peserta.

Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha dan Rykarl Iskandar pula bertindak sebagai juri cilik untuk memberikan nasihat dan sokongan.

Tiga penyanyi terkenal Hazama, Stacy dan Ronnie (Hyper Act) pula bertindak sebagai pembiming peserta.
Tags / Kata Kunci: Ceria Pop Star

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan