Yatt Tarik Permohonan Cerai, Hubungan Kembali Jernih

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:08 PM

Yatt (kiri) dan suaminya hadir di Mahakamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin. FOTO: Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah pada Isnin menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Abdul Mutalib Abdul Shukor yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 24 Februari lalu.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 35, memfailkan notis penarikan balik permohonan itu dihadapan Hakim Syarie, Mohd Saifullah Hamzah.

Saifullah membenarkan permohonan itu ditarik balik selepas pasangan tersebut mencapai kata sepakat untuk meneruskan kehidupan sebagai suami-isteri.

Yatt dan suaminya turut menghadiri perbicaraan tersebut bersama peguam Syarie, Nuraini Fauzi.

Terdahulu, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta kepada mahkamah yang sama tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik.

Sementara itu, Abdul Mutalib dan Yatt ketika ditemui diluar mahkamah bersyukur dengan keputusan itu selain menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagian kami berdua," katanya.

Yatt dan Abdul Mutalib telah berkahwin pada 29 Mac 2009 dan mendapat seorang anak perempuan bernama Suci Malaika Hanania yang kini berusia lima tahun.

Terdahulu pasangan berkenaan dalam satu kenyataan mendedahkan, mereka terbuka hati untuk berbaik semula ketika pulang menjalani misi kemanusiaan di Syria.

Semasa misi berkenaan, mereka melihat penderitaan rakyat negara itu yang lebih teruk berbanding ujian rumah tangga mereka.

Tags / Kata Kunci: Yatt

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan