'Menunggu Hujan Teduh' Rangkul Enam Anugerah Tribute P.Ramlee

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:05 AM

Izma Aizal bersama trofi yang dimenangi pada Anugerah Tribute P.Ramlee. Foto: M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telefilem berjudul Menunggu Hujan Teduh diumumkan sebagai Telefilem Terbaik pada Anugerah Tribute P.Ramlee yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM, di sini, malam Ahad.

Menunggu Hujan Teduh arahan Izma Aizal Yusoof turut merangkul lima kategori lain iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Zaidi Omar), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azhan Rani), Sinematografi Terbaik (Azeli Mohammad) dan Skrip Terbaik (Mazelan Manan).

Mariani menerima Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu

Manakala telefilem Seteguh Kasih Ibunda memenangi dua kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Izara Aishah).

Aktor, Zul Huzaimy Marzuki dipilih untuk menerima Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee dan Mohd Fahmi Sarindi menerima Anugerah Khas Juri Pemikiran P.Ramlee.

Zaidi Omar dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy)

Sementara itu, Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu pula diberikan kepada Seniwati Mariani Ismail bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni. Anugerah Tribute P.Ramlee merupakan kali kedua dianjurkan oleh RTM bersama Suhan Movie & Trading Sdn Bhd.

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Azhael, Musli Ramli, Farhan, Haziq, Black, Azlan Typewriter, Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman, Forteen, M.Nasir dan kumpulan Viola Paladin bagi mengenang kembali lagu-lagu nostalgia Allahyarham P.Ramlee.

Zul Huzaimi terima Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee.

Anugerah tersebut dihoskan oleh pengacara popular Awal Ashaari dan Yasmin Hani serta disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Sebanyak 13 telefilem yang ditayangkan menerusi slot Tribute P.Ramlee bermula 28 Oktober hingga 28 Disember tahun lalu dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka.


Senarai penuh pemenang Anugerah Tribute P.Ramlee:


Telefilem Terbaik: Menunggu Hujan Teduh

Pengarah Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Menunggu Hujan Teduh)

Skrip Terbaik: Mazelan Manan (Menunggu Hujan Teduh)

Sinematografi Terbaik: Azeli Mohammad (Menunggu Hujan Teduh)

Pelakon Lelaki Terbaik: Zaidi Omar (Menunggu Hujan Teduh)

Pelakon Wanita Terbaik: Fauziah Datuk Ahmad Daud (Seteguh Kasih Ibunda)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izara Aisyah (Seteguh Kasih Ibunda)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azhan Rani (Menunggu Hujan Teduh)

Penampilan Khas Terbaik: Zakaria Yusof (Mengapaku Diseksa)

Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu: Seniwati Mariani Ismail

Anugerah Khas Juri Pemikiran P.Ramlee : Mohd Fahmi Sarindi (Demi Waktu Mahani)

Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee: Zul Huzaimy Marzuki (Mengapaku Diseksa) 

Tags / Kata Kunci: Tribute P.Ramlee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan