Azwan Kombos Nyaris Ditipu Produksi

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 5:00 AM

Azwan Kombos

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA : Pelakon Azwan Kombos mendedahkan nyaris ditipu sebuah syarikat produksi tempatan pada tahun lalu.

Azwan, 30, berkata, projek tersebut telah ditawarkan melalui e-mel di mana ia kononnya melibatkan penggambaran di Australia bersama beberapa pelakon popular.

“Saya menerima tawaran pada tahun lalu menerusi e-mel dan produksi itu menghantar kertas cadangan serta meminta saya menerima tawaran tersebut untuk meluaskan lagi karier dalam industri seni.

“Pada awalnya saya agak seronok kerana menerima peluang seperti itu tetapi apabila diteliti semula kesahihan surat tawaran tersebut sebenarnya produksi tersebut langsung tidak wujud,” katanya kepada mStar Online.

Malah kata Azwan, pengurusan syarikat itu bukan setakat berkomunikasi secara e-mel malah turut menghubunginya untuk berbincang mengenai tawaran tersebut dengan lebih serius.

Bagaimanapun, jadual yang padat membuatkan Azwan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan selepas meminta pandangan teman lain, terbukti produksi tersebut tidak pernah wujud.

“Nilai projek tersebut tidak diberitahu. Cuma mereka mahu berjumpa dan berbincang.  Tetapi saya terlalu sibuk dan kami hanya berurusan melalui telefon.

“Selepas itu apabila ada kelapangan masa, saya kaji semula tawaran yang ditawarkan oleh syarikat produksi itu dan sememangnya syarikat itu tidak pernah wujud,” katanya.

Sementara itu, Azwan menasihatkan kepada pelakon-pelakon baharu terutamanya supaya berhati-hati dan semak semula tawaran yang diberi agar tidak mudah ditipu.

Dalam perkembangan lain, lakonan Azwan boleh ditonton menerusi drama Dendam Semalam yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis (pukul 4 petang) di TV3 dan bakal muncul dalam filem Jalan Puncak Alam arahan Dharma Aizat.

Tags / Kata Kunci: Azwan Kombos

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan