Juliana Evans Simpati Terhadap Kontroversi Zizan Razak

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 5:00 AM

Juliana Evans berharap Zizan melalui dugaan kontroversi dengan tabah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Juliana Evans berasa simpati terhadap pelawak, Zizan Razak yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kontroversi dalam satu masa.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 26, yang pernah dikaitkan bercinta dengan Zizan menyifatkan kontroversi yang dilalui pelawak itu agak berat dan berharap dia mampu mengharunginya dengan tabah.

"Sebenarnya dah lama juga saya tidak bercakap dengan Zizan dan saya tahu tentang isu-isu kontroversi yang dilaluinya.

"Sebagai rakan, saya bersimpati dan berharap dia mampu melalui dugaan itu dengan tabah. Apa-apapun saya enggan komen lebih lanjut kerana tidak mahu masuk campur, takut nanti masalah lain pula yang timbul," katanya.

Kontroversi Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus gara-gara kehadiran pihak ketiga pada hujung tahun lalu.

Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.

Belum surut tuduhan itu, Zizan dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia dan kerana kontroversi yang tercetus tanpa henti, difahamkan stesen televisyen Astro telah menyekat Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisisyen berkenaan.

Zizan Razak

Dalam pada itu, Juliana berkata, dia percaya bukan mudah untuk Zizan mengawal situasi yang dilalui dan berharap agar mana-mana pihak tidak terlalu mendesak pelawak itu.

Malah Juliana berkata, dia gembira mendapat tahu berita mengenai perkahwinan pelawak itu di mana ia mungkin dapat mengurangkan kontroversi yang dilalui.

Sementara itu, Juliana yang bakal terlibat dengan filem Bella Dan Jimmie terbitan Mermaid Luxe berkata, sehingga kini dia masih lagi belum mempunyai kekasih kerana belum bertemu lelaki yang sesuai.

"Entahlah, saya masih lagi solo dan belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai. Bila saya suka seseorang, ada saja yang tidak kena selepas itu.

"Biarlah, kalau ada, adalah. Apa pun saya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seni. Alhamdulillah tidak saya tidak sangka pelbagai tawaran lakonan diterima sedangkan saya baru sahaja habis belajar," ujarnya.

Juliana sebelum ini menyambung pengajian selama tiga tahun peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di Western Michigan University, Amerika Syarikat pada 2012.

Dalam perkembangan lain, Juliana baru sahaja selesai menjalani penggambaran Oh My English musim keempat dan filem 7 Dimensi Aliff arahan Faisal Ishak.
Tags / Kata Kunci: Juliana Evans , Zizan Razak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan