Amar Asyraf Anggap Drama Adaptasi Novel Tiada Isi

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 5:00 AM

Amar Asyraf pilih drama yang bukan hanya papar isu cinta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amar Asyraf memberitahu dia akan mempertimbangkan terlebih dahulu untuk menerima tawaran drama-drama bersiri yang diadaptasi daripada novel.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 29, berkata, kebanyakan novel yang diangkat menjadi drama tidak mempunyai isi serta pengajaran kepada penonton.

"Saya dapat banyak tawaran berlakon drama adaptasi novel tetapi banyak juga yang saya tolak kerana tidak suka dengan jalan ceritanya.

"Kebanyakan jalan cerita yang sama dan tiada isi dan isu yang boleh menjadi pengajaran kepada penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Amar berkata, dia melihat kebanyakkan drama adaptasi novel menjurus kepada alam fantasi dan keluar daripada kehidupan realiti.

Katanya, perkara tersebut menjadikan penonton terutamanya golongan wanita lebih banyak berangan untuk menjadi watak seperti yang ditayangkan dalam drama adaptasi novel.

"Rata-rata jalan cerita novel ialah manisnya bercinta selepas berkahwin dan ia pula berlaku pada gadis yang berusia awal 20-an. Perkara tersebut akan membuatkan ramai gadis-gadis di Malaysia mula memasang impian untuk menjadi seperti itu.

"Mereka mudah angau dalam fantasi tersebut dan membuatkan fikiran mereka tidak berkembang," katanya.

Kata Amar, stesen televisyen seharusnya bertanggungjawab memainkan peranan untuk mendidik golongan ramaja supaya dapat berfikir lebih baik.

Bagaimanapun, Amar yang sebelum ini pernah berlakon adaptasi novel berjudul Setia Hujung Nyawa memberitahu penglibatannya  dalam drama tersebut berikutan ia berbeza daripada novel biasa.

"Dulu saya terlibat dengan drama adaptasi novel Setia Hujung Nyawa kerana ia banyak isu lain untuk dipaparkan bukan hanya tentang cinta sahaja.

"Lagi pun saya memang ingin bekerja dengan pengarah drama itu iaitu Emi Maziah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amar berkata dia bakal terlibat dengan drama berjudul Syurga Nur arahan Jinggo yang bakal disiarkan pada Ramadan akan datang di slot Akasia.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan