Pertaruhan Pelawak Baharu di 'Lawak Ke Der 2015' Menjadi

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 1:47 PM

Kumpulan Bocey kali pertama beraksi di pentas Istana Budaya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertaruhan barisan pelawak baharu iaitu kumpulan Bocey dan Reyza Mukmin pada pementasan Lawak Ke Der 2015 ternyata berjaya apabila mereka mampu mengundang gelak tawa penonton di Panggung Sari, Istana Budaya malam pembukaannya, pada Khamis. 

Penerbitnya, Hans Isaac berkata, perkara tersebut juga membuktikan pemilihan barisan pelawak baharu dan lama pada pementasan kali keempat ini tidak boleh diperlekehkan lagi.

"Sebenarnya sebagai penerbit, saya rasa persembahan kali ini sangat padat dan saya amat berpuas hati kerana semua pelawak mempunyai tahap dan gaya yang tersendiri.

"Daripada keseluruhan Lawak Ke Der yang pernah dipentaskan, pementasan kali ini bagi saya adalah yang paling hebat secara keseluruhan. Ia secara tidak langsung menepis tanggapan awal tentang barisan pelawak kali ini kurang bagus berbanding sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Harith Iskander berjaya mencuit hati penonton dengan lawak tentang Instagram selebriti tempatan.


Hans berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pementasan Lawak Ke Der 2015 di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Khamis.

Lawak Ker Der 2015 dipentaskan bermula 16 hingga 19 April ini.

Pementasan kali ini turut menampilkan barisan pelawak popular iaitu Harith Iskander, Afdlin Shauki, Dougles Lim dan menggunakan perantara pelakon Sherry Alhadad.

Hans berkata, Lawak Ke Der 2015  merupakan penampilan kali pertama Reyza Mukmin selepas bakatnya dicungkil menerusi laman sesawang Youtube.

Tirai pementasan Lawak Ke Der 2015 dibuka kira-kira pukul 8.30 malam dengan persembahan tarian menerusi lagu popular Beyonce iaitu Who Run The World oleh Sherry Alhadad mendapat tepukan gemuruh penonton.

Sherry yang bertindak sebagai perantara memperkenalkan pelawak pertama iaitu Reyza Mukmin dan diikuti persembahan sketsa tentang kenduri kahwin daripada Fad, Achey dan Abam.

Sketsa gandingan trio ini sememangnya mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelagat bersahaja kumpulan Bocey tersebut.

Seterusnya, kemunculan pelawak berbangsa Cina Douglas Lim antara ditunggu-tunggu penonton yang pernah menyaksikan pementasan Lawak Ke Der sebelum ini.

Pelawak baharu Reyza Mukmin sebelum ini hanya dikenali di Youtube.

Douglas kali ini menyentuh beberapa topik semasa seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), gangguan seksual, pendidikan dan perbelanjaan wanita menarik perhatian penonton untuk terus fokus kepada lawak yang dipersembahkannya.

Beraksi dengan pelat Cina, Douglas berjaya membuatkan penonton terhibur sepanjang persembahan stand up comedy yang dilakukannya selama kira-kira 15 minit.

Sementara itu kemunculan Afdlin pula banyak bercakap tentang fizikalnya dan keistimewaan menjadi seorang lelaki gemuk.

Malah, dia turut menyentuh tentang perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahari yang sebelum ini menegur Abam (Bocey) berhubung ungkapan 'Gemuk Is Awesome'.

Bagaimanapun, nyanyian dan topik akhir Afdlin tentang golongan wanita yang meminati drama-drama telenovela seperti Rosalinda, Betty La Fea dan Mistress Hermanas dilihat agak lapuk kerana perkara tersebut menjadi fenomena lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, kemunculan Harith Iskander turut mengegarkan pentas dengan topik penggunaan Waze, dan Instagram yang menjadi ketagihan masyarakat Malaysia.

Harith juga menyentuh beberapa selebriti tempatan yang berjaya mendapat pengikut ramai menerusi populariti dan kecantikan mereka.

Malah, Harith turut membuka beberapa gambar Instagram dan komen-komen pengikut artis yang menulis komen tidak sepatutnya seperti menjual produk mereka.

Di akhir pementasan, satu video khas buat Allahyarham Harun Salim Bachik ditayangkan bagi memperingati jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam industri komedi tanah air.

Tags / Kata Kunci: Lawak Ker Der 2015

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan