Fasha Beri Penjelasan Tuduhan Bermasalah Dengan Produksi

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:32 AM

Fasha bersama suami dan anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha menafikan bermasalah dengan pihak produksi sehingga timbul tuduhan pernah menolak tawaran untuk terlibat dalam filem Anak Mami Nasi Kandar arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, menjelaskan perkara itu berlaku berikutan terdapat pertindihan jadual dengan beberapa tawaran lain yang sudah dipersetujui lebih awal.

Bagaimanapun, perkara itu dapat diselesaikan dengan baik selepas perbincangan dilakukan bersama pihak produksi yang tetap mahukan dia terlibat dalam filem tersebut.


Fasha dan suaminya, Rizal sibuk melayan tetamu yang hadir.

"Kami tidak ada masalah pun, cuma ia berkaitan dengan jadual kerja saya sahaja. Pada awalnya saya memang menolak kerana jadual untuk dua bulan ini sudah penuh.

"Saya pula jenis yang tidak suka ambil banyak kerja dalam satu-satu masa, namun pihak produksi tetap mahu saya terlibat. Jadi mereka bersetuju untuk mengikut jadual saya," katanya kepada mStar Online.

Pelakon itu ditemui ketika pada majlis ulang tahun ke-2 anak sulungnya Putra Rayfal Ramli yang diadakan di Kelab Diraja Selangor, di sini, Rabu.

Fasha diminta mengulas tentang dakwaan dia pada awalnya enggan menerima tawaran berlakon filem tersebut.

Kata Fasha, dia akan memulakan penggambaran filem itu pada minggu hadapan yang turut dibintangi oleh pelawak Saiful Apek.

"Saya memang kena ada dalam filem ini kerana dahulu nama saya naik dengan filem Anak Mami juga. Malah barisan pelakon untuk filem ini kebanyakkannya pelakon sama," ujarnya.

Sementara itu, Fasha turut memberitahu sejak kembali menerima tawaran berlakon, dia terpaksa menolak sebuah filem dan dua buah drama berikutan jadual yang padat.

"Terlalu banyak tawaran dan saya juga sudah terima untuk jadi juri program Projek Komedi Warna yang bermula minggu depan. Setakat ini saya tolak sebuah filem dan dua buah drama.

"Ini kerana berlakon bukan lagi keutamaan dan saya ingin membahagikan masa saya sebaiknya bersama keluarga," ujarnya.


Siti Nurhaliza dan suaminya antara rakan artis yang hadir pada majlis ulang tahun ke-2 anak sulung Fasha, Putra Rayfal Ramli.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia kini sedang melalui fasa kehidupan seorang wanita yang sempurna dan matang.

Katanya, sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemaima yang kini berusia enam bulan melengkapi kehidupannya sebagai seorang ibu.

"Tiada apa lagi yang saya inginkan kerana Allah sudah memberi saya sebuah kehidupan seorang wanita yang bahagia.

"Apa yang penting ialah menjaganya dan meletakkan ia ditempat paling atas dalam kehidupan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu sedang mengusahakan sebuah perniagaan pakaian untuk kanak-kanak dengan jenama Jiwa.

Perniagaan pakaian tersebut didedikasikan kepada anak lelaki termasuk anak tirinya Putra Rayqal.

"Saya akan keluar dengan label baju kanak-kanak jenama Jiwa yang saya dedikasikan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal.

"Produk kecantikan Jemaima untuk anak perempuan saya, jadi pakaian ini saya buat untuk mereka pula. Setakat ini sambutan baik dan kami sudah terima banyak tempahan melalui online," ujarnya.

Robot Bumble Bee turut menjadi kejutan pada majlis tersebut.

Fasha dan Rizal Ashram berkahwin  pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 2, dan Putri Raysha Jemaima, 6 bulan.

Fasha turut mempunyai seorang anak tiri Putra Rayqal, 6, hasil perkahwinan terdahulu suaminya dengan pelakon Nora Danish.

Dalam pada itu, majlis sambutan ulang tahun  tersebut dihadiri lebih 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan artis.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Erin Malek, Putri Balqish dan Eina Azman.
Tags / Kata Kunci: Fasha Sandha

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan