Remy Ishak Jawab Isu Bertunang Secara Senyap

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 6:27 PM

Remy menyangkal dakwaan kononnya dia sudah bertunang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak menjelaskan gosip kononnya dia sudah bertunang secara senyap sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 33, bagaimanapun tidak menafikan wujudnya majlis pertunangan seperti didakwa tetapi bagi meraikan adik bongsunya yang bakal berkahwin pada September depan.

"Gosip itu hanya salah faham sahaja. Saya tidak bertunang secara senyap-senyap seperti dikatakan sebaliknya adik bongsu saya yang bertunang.

"Perkara itu menjadi heboh selepas ada pengikut Instagram saya mengucapkan tahniah kepada saya di bahagian komen tanpa mengetahui fakta sebenar dan seterusnya menjadi viral," katanya kepada mStar Online.

Remy ditemui pada majlis tayangan filem terbaharu lakonannya iaitu Pilot Cafe yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Nu Sentral di sini, Rabu.

Remy bersama barisan pelakon filem Pilot Cafe.

Filem arahan Osman Ali itu diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah dan bakal menemui penonton pada 30 April ini.

Selain Remy, Pilot Cafe turut menampilkan barisan artis seperti Fahrin Ahmad, Nor Neelofa, Izara Aishah, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan Aishah Ilias.

Dalam pada itu, Remy berkata, buat masa ini dia masih belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga kerana ingin melihat semua adik-beradiknya berkahwin terlebih dahulu sebelum dia berbuat demikian.

Kata Remy, sebagai anak lelaki sulung dia meletakkan keluarganya sebagai keutamaan tambahan pula dia mempunyai tanggungjawab besar terhadap mereka.

"Selesaikan adik-beradik dahulu dan baharulah saya fikir tentang diri sendiri kerana tanggungjawab keluarga itu ada pada saya dan kami bukannya orang senang.

"Alhamdulillah semua sudah berkahwin dan seorang lagi bakal disatukan pada September ini dan selepas itu baharulah saya fokus kepada diri sendiri pula," ujarnya.

Remy memberitahu dia masih belum mempunyai teman wanita.

Sementara itu, bercakap mengenai filem Pilot Cafe, Remy berkata, dia sebenarnya mengharapkan dapat memegang peranan sebagai Ameer Reza lakonan Fahrin Ahmad kerana semasa berada di bangku sekolah dia pernah berangan-angan untuk menjadi seperti watak tersebut.

Pun begitu kata Remy, dia tidak kecewa apabila tidak diberikan watak berkenaan kerana dapat bekerjasama menjayakan naskah tersebut sudah cukup membuatkan dia berbesar hati memandangkan dia peminat setia novel tersebut.

"Saya memang penggemar novel ini dan pernah membacanya ketika zaman persekolahan dahulu dan apabila ditawarkan untuk berlakon filem ini saya teruja dan memang berharap agar dapat memegang watak sebagai Ameer Reza.

"Tetapi tidak mengapa, dapat berlakon dalam filem ini pun sudah cukup baik kerana saya adalah salah seorang peminat novelnya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Remy Ishak , Pilot Cafe.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan