Tasha Shilla Dedah Individu Komen Negatif, Minta Tidak Terus Mencerca - Berita Hiburan | mStar

Tasha Shilla Dedah Individu Komen Negatif, Minta Tidak Terus Mencerca

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 5:31 AM

Tasha Shilla

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla pada Isnin mendedahkan beberapa wajah individu yang sering memberi komen negatif di gambar-gambar Instagram miliknya.

Tasha atau Natashasheila Abd Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian sebagai memberi pengajaran kepada individu tersebut bagaimanakah perasaan apabila gambar mereka menjadi medan perbalahan dan hinaan seperti yang terjadi pada dirinya.

"Saya sengaja memuat naik profil beberapa pengikut Instagram yang sering memberi komen negatif pada gambar-gambar saya dan ingin mereka rasa bagaimana perasaannya apabila dijadikan bahan perbalahan.

"Mereka selalu memberi komen negatif dan menegur tentang pemakaian serta semua perkara yang saya lakukan tidak betul di mata mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannnya memuat naik tiga gambar individu di laman sosial Instagramnya pada petang Isnin.

Bagaimanapun, Tasha berkata, dia sudah pun memadam gambar-gambar tersebut bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan.

"Saya muat naik sekejap sahaja sebab nak tengok reaksi mereka dan sudah pun memadamnya. Selalunya memang saya malas nak layan dan tidak kisah apa yang mereka komen. Cuma hari ini saya cuti dan terlebih rajin," ujarnya.

Tambah Tasha, dia turut kesal apabila ada pengikutnya yang membuat laporan gambar (report photo) terhadap gambar yang dimuat naik sehingga gambar tersebut dipadam secara automatik oleh pihak Instagram.

Katanya, perkara tersebut terjadi kepada lebih lapan keping gambar yang dimuat naik di Instagram sejak beberapa hari lalu.

"Saya geram sebab mereka melaporkan kepada Instagram gambar tersebut sebagai mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sudah lebih lapan keping gambar saya hilang tiba-tiba," ujarnya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia berharap pengikutnya mendoakan agar dia berubah kearah kebaikan dengan cara yang lebih baik selain memberi nasihat di laman sosial itu.

"Saya minta mereka mendoakan agar saya berubah tetapi dengan cara baik iaitu berdoa di dalam hati bukan menerusi cercaan dan nasihat di Instagram," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Tasha Shilla
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan