Farid Kamil Terkilan Isu Isteri Bergambar Seksi

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 10:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mengakui terkilan dengan kontroversi yang mengaitkan isterinya Diana Danielle memperagakan pakaian agak seksi dalam sebuah majalah antarabangsa.

Farid, 32, berkata, penjelasan tersebut seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan isterinya iaitu Prokuya Studio yang dimiliki oleh adiknya Fadzil Zahari.

"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.

"Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia  kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pratonton filem Abang Lejen di Cathay E@curve, di sini, malam Isnin.

Aksi Diana Danielle ini menjadi kontroversi.

Farid berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi gambar isterinya Diana Danielle yang memperagakan pakaian dalam sebuah majalah Esquire Malaysia edisi Mac.

Majalah gaya hidup lelaki itu memaparkan beberapa gambar pelakon wanita itu berpakaian seksi dengan ditutupi bendera Amerika Syarikat telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. 

Sementara itu, Farid menganggap kontroversi yang terjadi kepada isterinya itu sebagai sesuatu perkara terlalu berat yang tidak dijangka. 

Bagaimanapun, dia menyifatkan perkara itu sebagai cabaran seorang artis menuju ke fasa menjadi seorang legenda. 

"Perkara ini sangat tidak dijangka dan bagi saya dalam perjalanan seseorang untuk menjadi legenda banyak cabaran dan ujian yang harus dilalui," ujarnya. 
Tags / Kata Kunci: Diana Danielle , Farid Kamil

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan