Abam Naik Harga Selepas Menang Pelawak Popular

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 5:30 AM

Abam (Bocey)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Abam (Bocey) terpaksa menaikkan harga bayarannya selepas memenangi Pelawak Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada 5 April lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara tersebut dilakukan kerana dia mahu menampung keperluan dirinya selain akan memastikan bayaran yang dikenakan setimpal dengan tawaran yang diberi.

"Itu semua bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan tetapi saya cuma ingin minta lebih sikit harga sebagai duit minyak, tambang tol dan keperluan asas.

"Kalau nak kata saya ni mula demand , sejak dulu lagi saya boleh lakukannya tetapi sekarang ni saya mahu semua pihak membayar saya setimpal dengan kerja yang dilakukan.

"Kepada semua pengarah dan penerbit tidak harus takut untuk mengambil saya berlakon kerana saya akan cuba memenuhi kehendak mereka selagi mampu untuk lakukannya," kata Abam kepada
mStar Online.

mStar Default Image
Abam memenangi Pelawak Lelaki Popular, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 pada 5 April lalu.

Dalam APBH 2014 lalu, Abam menewaskan empat finalis lain iaitu Zizan Razak, Jep (Sepahtu), Achey (Bocey) dan Shuib (Sepahtu).

Sementara itu Abam berkata, bentuk fizikal tubuhnya menjadi penghalang untuk dia menerima sesuatu tawaran kerana pergerakannya terbatas.

"Dalam keadaan bentuk badan macam ini saya memerlukan banyak rehat dan perlu memilih watak yang diberikan dengan betul. Jika saya tidak mampu lakukkan dari awal lagi saya akan menolak tawaran tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama Bocey bakal muncul dalam pementasan Lawak Ker Der 2015 yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 16 hingga 19 April depan.

Tags / Kata Kunci: Abam , Bocey

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan