Juliana Evans Gembira Sam (Bunkface) Bakal Kahwin

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 5:30 AM

Juliana Evans. Foto dari Facebook Juliana, ihsan: Sharil Shariff

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Juliana Evans melahirkan rasa gembira buat bekas kekasihnya, Sam (Bunkface) yang bakal bergelar suami kepada penerbit TV3 iaitu Aida Azira pada 25 April ini.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 26, turut gembira dengan perkembangan tersebut dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sam.

"Saya sangat gembira menerima perkhabaran yang Sam sudah bertemu dengan seseorang dan akan meneruskan kehidupan baru.

"Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga mereka berdua kekal bahagia serhingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar Online.

Juliana turut menambah perasaan gembira tersebut disebabkan hubungan dia bersama bekas kekasihnya itu sudah lama berakhir secara baik dan menjadi sejarah dalam hidupnya.

Sam bersama tunangnya, Aida.

“Kami berdua sudah lama berpisah dan semuanya sudah pun berlalu seperti kata orang lama, barang yang lepas usah dikenang.

“Mungkin tiada jodoh buat kami berdua namun saya sebenarnya tumpang gembira menerima berita perkahwinanya ini,” katanya.

Sementara itu, Juliana yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengan penyanyi rap SonaOne, masih menafikan hubungan mereka.

Hubungan yang terjalin diakui tidak lebih daripada seorang rakan biasa namun Juliana tidak menyangkal bahawa SonOne seorang rakan yang sangat baik.

Dalam perkembangan lain, Juliana baru sahaja selesai menjalani penggambaran Oh My English musim keempat dan filem 7 Dimensi Aliff arahan Faisal Ishak.

"Filem itu bakal ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan dan merupakan filem pertama saya selepas pulang dari Amerika Syarikat.

"Selepas sebulan pulang ke Malaysia, saya terus menjalani pengambaran filem tersebut pada bulan Januari lalu,” katanya.

Selain itu, Juliana memberitahu dia bakal mengadakan kolaborasi semula bersama pelakon Liyana Jasmay selepas mereka popular menerusi drama bersiri dan filem Kami beberapa tahun lalu.
Tags / Kata Kunci: Sam Bunkface , Juliana Evans

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan