'Qu Puteh Bintang Mencari Bintang' Di TV3 Bermula Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 5:31 AM

Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman (lima dari kiri) bersama peserta yang bakal bertanding dalam 'Qu Puteh Bintang Mencari Bintang.'

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Gabungan dua genre iaitu lawak dan nyanyian bakal diketengahkan menerusi program baharu iaitu Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) yang menyaksikan enam peserta termasuk seorang peserta solo yang dicungkil dari pertandingan Bintang Mencari Bintang (BMB).

Penerbit Ekskutif QPBBB, Mohammad Suffian Isa, berkata, kemunculan program berkenaan adalah sebagai pemanas sebelum musim ketiga BMB menemui penonton pada penghujung tahun ini.

"QPBBB adalah sebuah program istimewa bagi mengingatkan kembali kepada penonton tentang format BMB yang akan muncul dengan musim terbaharu tidak lama lagi.

"Atas sebab itu juga kita memilih tiga peserta daripada setiap musim BMB dengan menampilkan dua genre iaitu lawak dan nyanyian sebagai cabaran buat mereka," katanya kepada mStar Online.

Program itu akan menemui penonton secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula Ahad ini, pukul 9 malam.


Bekas peserta Bintang Mencari Bintang ini akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM50,000.

Pemenang utama akan menerima wang tunai RM50,000.

Enam kumpulan termasuk peserta solo bakal menyertai pertandingan adalah Achey (juara BMB), Abam dan Fad (Bocik), Ammar dan Issey (Titan), Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2), Ariff dan Kamal (Sumbu) dan Chiwan dan Achik (Chilok).

Dalam pada itu, Suffian berkata, sepanjang 10 episod QPBBB berlangsung tiada sebarang penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta akan berentap sehingga peringkat akhir.

Malah katanya, setiap minggu RM10,000 akan diberikan kepada juara mingguan sebagai pembakar semangat.

"Kita tidak lakukan penyingkiran kerana mereka semua adalah pelawak profesional dan sudah ada nama dalam industri.

"Kita merasakan tidak perlu melakukan penyingkiran sebaliknya memberi penghargaan menerusi pemilihan pemenang mingguan yang bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000," ujarnya.

Sementara itu, Suffian berkata, setiap peserta perlu melakukan persembahan sketsa komedi selama empat minit dan nyanyian dua minit mengikut tema diberikan.

Jelasnya lagi, format itu akan digunakan selama 10 minggu pertandingan dalam menampilkan kelainan kepada program komedi sedia ada.

"Tidak kira apa tema diberikan minggu tersebut peserta perlu melakukan sketsa dan nyanyian.

"Dengan gabungan dua genre tersebut pihak kami yakin ia dapat memberi kelainan selain sesuai ditonton seisi keluarga," katanya.

QPBBB turut menampilkan penaja utama program tersebut iaitu pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman sebagai juri tetap bersama dua juri jemputan setiap minggu.

Manakala AG dan Yana Samsudin pula menggalas tugas sebagai hos QPBBB dan Fizie (Hot FM) pengacara disebalik tabir.

Sebanyak 50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tags / Kata Kunci: Qu Puteh , Bintang Mencari Bintang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan