Khadijah Ibrahim Buka Cawangan Baru Khadijah's Kitchen

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 5:32 AM

Khadijah Ibrahim di depan cawangan ketiga restorannya Khadijah's Kitchen yang terletak di Shah Alam, Selangor.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim meluaskan cabang perniagaan restorannya Khadijah's Kitchen apabila bakal membuka lapan lagi cawangan selepas menerima respons positif daripada pelanggan mengenai masakan Melayu yang disediakan.

Khadijah atau lebih selesa dipanggil Khaty berkata, perancangan untuk meluaskan cawangan Khadijah's Kitchen ke seluruh Malaysia dilakukan sekepas pihaknya berhasrat menjadikan restoran berkenaan sebagai francais.

"Francais ini dilakukan untuk memudahkan para pelanggan menikmati makanan di restoran saya kerana kebanyakan mereka datang dari pelbagai negeri.

"Kita akan mengekalkan konsep 'Kopitiam' seperti cawangan ke-3 ini pada masa hadapan  kerana konsep seperti ini lebih santai dan sesuai untuk orang ramai menjamu selera," katanya kepada mStar Online.

Khaty berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pembukaan cawangan baru Khadijah’s Kitchen di Plaza Shah Alam, Selangor, di sini Khamis.

Khadijah menjual makanan tradisional Melayu.

Selepas cawanagn pertama beroperasi di Petaling Jaya, dekat sini lima tahun lalu, Khaty telah meluaskan sayapnya dengan membuka cawangan kedua di PV 128, Danau Kota, Setapak dan kini membuka cawangan ketiganya di Plaza Shah Alam.

Dia juga turut mengekalkan menu yang sama serta memastikan kualiti makanan yang disediakan akan terjaga selain mengambil kira kehendak pelanggan di kawasan tersebut.

"Kita akan mengekalkan konsep makanan autentik Malaysia seperti goreng pisang, lempeng, roti jala dan laksa Johor untuk menyelaraskan menu setiap cawangan.

"Dengan menu yang sama disediakan, ia dapat memudahkan orang ramai untuk datang kerana mereka sudah mengetahui di mana mendapatkan makanan  autentik Malaysia ini," jelasnya lagi.

Tambah Khaty dia merancang meluaskan perniagaanya di pasaran antarabangsa pada tahun hadapan dengan mengekalkan konsep makanan autentik Malaysia.

Dalam perkembangan lain Khaty sedang membuat persediaan untuk mengadakan sebuah konsert berskala besar di Istana Budaya pada 22 hingga 23 Januari tahun depan.

"Saya membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan Khadijah's Kitchen dan dalam masa yang sama akan fokus kepada acara konsert pula," katanya yang bakal muncul dengan “single” lagu baru  berjudul Kurnia Baiduri. 
Tags / Kata Kunci: Khadijah Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan