Dikritik Berlakon Kaku Tidak Halang Fattah Amin Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 5:33 AM

Fattah tampil dengan single pertamanya berjudul Hero Untukmu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JATA: Fattah Amin yang sebelum ini 'dilahirkan' sebagai seorang model dan pelakon meluaskan lagi kerjayanya apabila bergelar penyanyi meskipun menerima kritikan umum yang mengatakan lakonannya masih lagi kaku.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 25, berkata, ini merupakan peluang yang harus diambil kerana tawaran seperti ini tidak datang selalu.

"Nyanyian adalah minat saya kerana sebelum ini tidak diberi peluang untuk mengetengahkan bakat yang ada dan ini merupakan peluang yang diberi oleh syarikat pengurusan baharu untuk mengetengahkan bakat saya.

"Ia sesuatu perkara yang bagus dan saya rasa ia juga peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana sampai bila hendak berlakon kerana bakat yang ada harus diketengahkan," katanya kepada mStar Online.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single  terbaharunya berjudul 'Hero Untukmu' di Ruang, Subang Jaya, di sini, baru-baru ini.

Fattah  (kiri) berkolaborasi bersama Sherry Ibrahim (tiga dari kiri) dan RJ  (kanan) menerusi single petamanya. Turut berada dalam gambar ialah Azriey Moha.

Lagu berkenaan turut menampilkan koleberasi di antara Fattah, Sherry Ibrahim dan penyanyi rap RJ.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Azriey Moha, Sherry Ibrahim, penyanyi RJ dan komposer, Hadi Hassan.

Tambahnya lagi, sebagai anak seni dia harus mengentengah bakat yang ada dan tidak semestinya cuma boleh melakukan sesuatu perkara sahaja.

"Kadangkala kita tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada diri sendiri sehinggalah ada orang lain akan mencungkil bakat yang ada pada kita.

"Pihak pengurusan baru telah memberi kepercayaan kepada bakat yang saya ada untuk digilap supaya menjadi seorang penyanyi," jelasnya.

Sementara itu tambah Fattah, single terbaharu ini sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong keriernya sejak mula bertapak dalam industri seni.

"Lagu ini merupakan hadiah kepada peminat sebagai tanda untuk menghargai mereka yang sentiasa menjadi menyokong kerana tanpa mereka saya tidak akan berada pada tahap sekarang ini.

Tags / Kata Kunci: Fattah Amin.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan