Filem 'Fast & Furious' Pecah Rekod Box-Office Di Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 12:46 PM

Dwayne Johnson sebagai ejen Hobbs dalam Fast & Furious 7

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Francais filem Fast & Furious  berjaya memecahkan rekod baharu box-office di Malaysia.

United International Pictures Malaysia (UIP) dalam satu kenyataan berkata, filem itu berada di tempat pertama dengan menewaskan 'Transformers: Age Of Extinction' dan 'Iron Man 3'sebagai filem terlaris dalam sejarah tayangan Malaysia.

Sebuah portal hiburan dalam talian melaporkan bahawa Fast & Furious  telah memperolehi AS$392.2 juta (RM1.4 bilion) selepas tujuh minggu ditayangkan di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat sahaja, filem tersebut berjaya meraih ASS$143.6 juta (RM520 juta) selepas ditayangkan di 4,004 lokasi.

Sejak filem pertama ditayangkan pada tahun 2001, francais telah berjaya memperolehi lebih daripada AS$2 bilion (RM7.2 bilion) hasil kutipan di seluruh dunia.

Pengarah Urusan UIP, Nicholas Yong berkata: "Kami sedar bahawa ramai peminat di negara ini tidak sabar untuk menyaksikan Fast & Furious dan dan kami amat kagum dengan keputusan yang luar biasa tersebut.

"Aksi lasak serta adingan yang menarik itulah yang di sifatkan oleh orang ramai mengenai filem yang penuh dengan nilai kekeluargaan  dan unsur lucu ini.

"Filem ini diarahkan oleh pengarah kelahiran Malaysia, James Wan, dan ini merupakan filem terakhir Paul Walker," katanya.

Paul Walker meninggal dunia pada 30 November 2013, selepas terlibat dalam kemalangan kereta pada usia 40 tahun dan tidak sempat menghabiskan penggambaran filem itu.

Adik Paul Walker Caleb dan Cody menggantikan tempatnya untuk menghabiskan baki adegan dalam filem tersebut.

Dalam satu temubual dengan Los Angeles Times, Wan berkata, ia adalah sukar untuk kembali bekerja tanpa Walker dan semua pelakon serta pihak produksi mahu filem ini diteruskan kerana ingin memberi perhormatan kepada beliau.

Wan juga turut mengulas mengenai pengalamannya bekerja bersama adik Paul Walker untuk meneruskan watak tersebut.

"Mereka memberi kerjasama untuk saya meneruskan pengambaran ini sehingga tamat kerana ia merupakan sebagai penghargaan kepada Paul Walker," jelasnya.

Fast & Furious 7 dibintangi oleh Vin Diesel, Jason Statham, Dwayne Johnson, Kurt Russel, Michelle Rodriguez and Jordana Brewste.
Tags / Kata Kunci: Fast & Furious

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan