Doktor, Artis Antara Peserta Kilauan Emas Musim Kelima

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 5:33 AM

Sepuluh peserta akan bersaing dalam Kilauan Emas musim kelima pada 15 April ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang peserta dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti  Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April ini.

Tiga daripada 10 peserta tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang pegamal perubatan.

Mereka ialah Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Records.

Selain itu, Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.

Manakala, seorang peserta wanita berasal dari Selangor Nurashikin Ibrahim, 46, adalah seorang doktor.

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, pemilihan sepuluh peserta itu adalah berdasarkan penilaian bakat secara keseluruhan yang dilihat ketika sesi uji bakat.

Wan Muhammad Logan atau sebelum ini dikenali sebagai Elji pernah merakamkan album suatu ketika dahulu.

"Sejujurnya, calon-calon peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat yang lalu secara keseluruhan lebih bersedia daripada tahun sebelum ini.

"Sepuluh peserta ini mempunyai personaliti yang unik dan dilihat mampu memberikan warna dan saingan dalam pertandingan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Azlin berkata demikian pada sidang media memperkenalkan barisan peserta Kilauan Emas 5, di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu.

Program tersebut bakal disiarkan secara langsung selama tujuh minggu, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Sementara itu, tujuh peserta lain ialah Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah, Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah),  Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor) dan Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur).

Peserta wanita pula Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor), Noor Hayati Slamat, 54, (Perak), dan Norasmah Ibrahim, 51, (Perak).

Nurashikin Ibrahim merupakan seorang doktor.

Penyanyi Datuk Hattan dan Erra Fazira dilantik sebagai juri tetap rancangan tersebut.

Sementara, penyanyi Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi dilantik sebagai tenaga pengajar.

Azlin berkata, Kilauan Emas 5 masih mengekalkan format asal dalam pemilihan pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton.

Juara Kilauan Emas 5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara menerima RM50,000 dan trofi, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000.
Tags / Kata Kunci: Kilauan Emas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan