Tiada Sifat Humor, Fasha Sandha Ambil Masa Terima Tawaran Juri Lawak

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 5:31 AM

Fasha Sandha mula terima tawaran berlakon selepas berehat kerana bersalin pada November tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia mengambil masa panjang untuk menerima tawaran sebagai juri program realiti televisyen Projek Komedi Warna yang bakal bermula pada 17 April ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, memberitahu sikapnya yang tegas dan sukar untuk ketawa membuatkan dia takut untuk memikul tanggungjawa tersebut.

"Pada awalnya saya memang takut untuk terima kerana saya ini seorang yang tegas, tiada jiwa lawak dan sukar nak gelak. Kadang-kadang bila tengok program komedi orang sekeliling gelak dan saya pula tidak anggap ia sebagai kelakar.

"Bagi tawaran ini, saya ambil masa yang agak panjang kira-kira sebulan lebih untuk beri jawapan kepada pihak penerbit.

"Lagi pula saya takut untuk menilai sesuatu yang bukan bidang kemahiran saya dan saya tidak arif tentang itu untuk menilai, tetapi bila fikir Datuk Yusof Haslam boleh lakukan, tentu saya juga boleh," ujarnya kepada mStar Online.

Fasha akui tiada jiwa lawak.

Fasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihannya bersama Datuk Yusof Haslam dan Ahmad Idham sebagai juri tetap program Projek Komedi Warna bermula pada 17 April ini.

Ia akan disiarkan pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132).

Fasha berkata, ia merupakan kali kedua dia terlibat sebagai juri program realiti selepas Projek Metro di TV3.

"Kalau penjurian program realiti dahulu iaitu Projek Metro saya yakin boleh buat kerana ia rancangan serius dan sesuai dengan jiwa saya.

"Tetapi mereka sudah memaklumkan tugas saya ialah memberi komen menerusi apa yang saya lihat pada malam tersebut dan ia lebih kepada berkongsi pendapat," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fasha berkata dia bakal memulakan kerja semula dengan penggambaran filem Anak Mami Nasi Kandar minggu depan.

Ia merupakan projek pertama selepas bercuti bersalin anak kedua pada 7 November lalu.

"Saya bercuti sejak usia kandungan mencecah empat bulan dan drama terakhir saya ialah Selamat Pengantin Madu dan minggu depan saya mula penggambaran semula untuk filem Anak Mami Nasi Kandar.

"Insya-Allah setakat ni saya boleh membahagi masa dengan baik kerana bagi saya kerjaya sebagai pelakon ini sama sahaja dengan kerjaya lain. Apa yang penting kita pandai menyusun masa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fasha Sandha

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan