Difitnah Meninggal Dunia, Mr Os Terpaksa Lari Ke Johor

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 5:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak Os memberitahu  individu yang menyebarkan gambar dan berita palsu tentang kematiannya sudah pun meminta maaf melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) beberapa hari selepas kejadian itu berlaku.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, berkata, individu tersebut memberitahu tindakannya berbuat demikian hanya sekadar untuk bergurau bersama rakan-rakan sahaja.

"Saya tidak tahu siapa dia tetapi yang pasti gambar itu saya hantar kepada group aplikasi WhatsApp keluarga untuk memberitahu keadaan saya semakin baik, namun salah seorang ahli keluarga memberi gambar itu kepada rakannya.

"Bagaimanapun, dia sudah meminta maaf dengan apa yang berlaku dan tujuannya hanya untuk bergurau tetapi tidak sangka ia menjadi viral di laman sosial" ujarnya kepada mStar Online.

Mr Os ditemui pada majlis pelancaran Projek Komedi Warna, di Restoran Fish & Co, di sini, Isnin.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran gambar dan berita palsu tentang kematiannya di laman sosial pada 25 Mac lalu.

Mr Os berkata, dia sudah memaafkan individu tersebut dan menganggap kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri.

Ujarnya, perkara tersebut lebih menginggatkannya tentang kematian sebenar.

Os dalam Maharaja Lawak Mega.

"Saya ambil perkara itu daripada sudut positif sahaja dan pada saya ia menginggatkan tentang kematian. Lagi pula saya beruntung orang ramai sedekahkan doa dan Al-Fatihah ketika masih hidup ini," ujarnya.

Sementara itu, Os mengakui dia menerima  ratusan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang ingin mengetahui keadaan sebenar dirinya.

Katanya, ia bukan sahaja daripada kalangan wartawan dan ahli keluarga, malah rakan-rakan dan peminatnya turut ingin mendengar sendiri suaranya di telefon.

Tambah Mr Os, perkara tersebut juga membuatkan dia agak tertekan dan melarikan diri ke Johor Bahru buat sementara bagi berehat sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

"Bukan puluhan, tetapi lebih beratus jugalah panggilan yang ingin bercakap dengan saya sehingga saya tidak larat untuk melayannya.

"Ada juga stesen radio yang mahu temubual saya secara langsung bagi memastikan saya benar-banar masih hidup, selepas dibenarkan keluar, saya minta keluarga bawa saya ke Johor Bahru supaya tidak diganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mr Os berkata, rancangan untuk mendapatkan rawatan secara senyap tanpa liputan media menjadi sebaliknya, apabila dia didatangi ramai pelawat di hospital.

"Sebelum pembedahan saya pergi melawat pelakon Datuk Aziz Singah kerana dia pun ditahan di hospital yang sama dan saya ada beritahu dia agar tidak memberitahu orang lain tentang saya kini dirawat di sini.

"Bukan apa, saya tidak mahu mana-mana persatuan datang beri sumbangan, nanti nampak seperti saya minta simpati pula," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang keadaan kesihatannya, dia yang baharu sahaja melakukan pembedahan tonsil di Hospital Selayang pada Mac lalu memberitahu masih mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, rawatan susulan tersebut akan dilakukan secara berperingkat di Hospital Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

"Doktor kata saya perlu dapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pula selepas ini, saya malas terlalu fikir tentang penyakit saya sebab ia akan membuatkan saya tertekan.

"Lagi pula saya tidak rasa pun sakit tu cuma bila saya tiba-tiba muntah berdarah sahaja doktor kata saya ada penyakit berkaitan jantung," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Mr Os

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan