Yusof Haslam, Fasha Sandha & Ahmad Idham Dipilih Juri Projek Komedi Warna

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 5:30 AM

Dari kiri; Ahmad Idham, Fasha Sandha dan Yusof Haslam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti popular iaitu Datuk Yusof Haslam, Fasha Sandha dan Ahmad Idham bakal mengalas tanggungjawab sebagai juri tetap program realiti Projek Komedi Warna yang bermula 17 April ini.

Ia akan disiarkan pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132).

Ketua Bahagian Komedi Astro, Bob Azrai berkata. pemilihan tiga selebriti ini adalah bersesuaian dengan pengalaman mereka dalam bidang masing-masing dan dapat memberi kritikan membina kepada peserta nanti.

”Projek Komedi Warna merupakan salah satu program realiti televisyen yang mencari pelawak yang berkaliber dan dapat berinterksi bersama peminat menerusi laman sosial dalam mencari idea.

"Tiga nama besar tanah air iaitu Datuk Yusof, Fasha Sandha dan Ahmad Idham juga dipilih untuk memberi komen dan kritikan yang membina kepada para peserta melalui pandangan peribadi mereka sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media majlis pelancaran program Projek Komedi Warna yang diadakan di Restoran Fish & Co, di sini, Isnin.

Os (kiri) dan Ilya (Senario).

Juri tetap turut mewakili 80 peratus markah perserta, manakala 20 peratus melalui undian peminat.

Sementara itu, tiga pelawak senior iaitu Mr Os, Ilya Buang dan Azlee Senario juga bertindak sebagai mentor dan membantu peserta untuk mencari idea setiap minggu.

Pengacara Faizal Ismail pula diumumkan sebagai hos  program yang berlangsung selama lapan minggu itu.

Tambah Bob, para peserta akan bersaing secara liga untuk tiga minggu pertama dan dibahagikan kepada empat kumpulan.

Hanya peserta yang berada di dua tempat teratas akan mara ke pusingan berikutnya.

Seterusnya, peserta akan bersaing setiap minggu dan peserta yang memiliki markah terendah akan tersingkir.

"Para peserta yang terlibat merupakan barisan pelawak-pelawak Malaysia serta bekas peserta dari program Raja Lawak, Skool of Lawak dan Bintang Mencari Bintang serta pelawak dari Singapura.

Ia tidak termasuk mereka yang pernah berada di peringkat akhir Maharaja Lawak Mega musim satu hingga tiga dan meloloskan diri ke minggu keenam hingga akhir pada Maharaja Lawak Mega 2014," ujarnya.

Juara Projek Komedi Warna akan membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 serta layak secara automatik ke Maharaja Lawak Mega 2015.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan