"Gemuk Is Awesome", Kevin Zahri Tegur Abam (Bocey)

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 1:33 PM

Abam Bocey terkenal tagline 'Gemuk Is Awesome'

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri, bimbang tagline yang diungkapkan pelawak Abam (Bocey) "Gemuk Is Awesome" akan membuatkan individu berbadan besar mengabaikan tanggungjawab menjaga berat badan sehingga boleh menjejaskan kesihatan masing-masing.

Kevin, 37, berkata, berat badan seperti pelawak tersebut yang dikategorikan sebagai obesiti boleh mendatangkan pelbagai penyakit jika tiada langkah awal untuk mengawalnya.

"Cabaran dia untuk berubah lebih sukar apabila sudah ada tagline seperti "Gemuk Is Awesome" yang membuatkan dia tersepit untuk menurunkan berat badan kerana sudah dikenali peminat dengan keadaan begitu. 

"Apa yang saya bimbang ialah kesihatan dia akan terjejas jika dia tidak mengawal berat badan tersebut kerana pelbagai penyakit boleh datang apabila usia dia meningkat mungkin dalam empat atau lima tahun akan datang," ujarnya kepada mStar Online.
Kevin Zahri

Kevin berkata demikian ketika ditanya tentang tagline pelawak Abam (Bocey) iaitu "Gemuk Is Awesome" yang diucap ketika mengambil trofi kemenangannya menerusi  kategori Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Kevin berkata ia adalah hak pelawak tersebut untuk mengambil perkara itu sebagai satu nasihat atau tidak.

Sementara itu, katanya, dia mempunyai pengalaman membantu Allahyarham Bob (Kuman) yang turut mengalami obesiti.

Katanya, Allahyarham ada bertemu dan meminta nasihat daripadanya tentang cara menguruskan berat badan setahun sebelum meninggal dunia.

"Arwah menghubungi saya untuk meminta nasihat untuk mengurangkan berat badan, tetapi pada masa tersebut keadaan kesihatan sudah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup dia," ujarnya.

Tambah Kevin, ramai individu yang mengalami obesiti sedar tentang bahaya penyakit, namun sering memandang ia sebagai perkara remeh terutama pada usia mereka masih muda.

Perkara tersebut juga, membuatkan dia terpanggil untuk menganjurkan seminar Jom Kurus 1Malaysia sejak Januari lalu untuk mengajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kebanyakan mereka ingin berubah, namun tidak tahu untuk bermula dari mana. Begitu juga dalam kes Abam ini, jika dia ingin berubah cabaran dia lebih besar daripada orang lain yang tidak dikenali.

"Namun kalau dia benar-benar ingin berubah, saya sedia membantunya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Abam Bocey , Kevin Zahri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan