Menang Anugerah Tidak Buat Akim Selesa

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 12:31 AM

Akim (dua dari kiri) bersama kumpulannya iaitu Akim & The Majistret. Foto: Hafis Idzla

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad tidak boleh untuk berada di zon selesa bersama kumpulannya Akim & The Majistret biarpun telah memenangi pelbagai anugerah termasuk pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, sebagai seorang artis dia tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada kerana industri hiburan sentiasa bergerak pantas sejajar dengan kemajuan teknologi.

“Dalam bidang seni artis kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan pencapaian yang ada walaupun tidak kira sama ada sudah menjadi juara atau memenangi banyak anugerah.

"Pada saya, itu bukan alasan untuk terus berasa selesa kerana industri ini sangat berdaya saing selain bergerak pantas," katanya kepada mStar Online.

Pada acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang, Akim turut menerima trofi Penyanyi Lelaki Popular menewaskan pencalonan lain iaitu Hazama, Hafiz, Aizat Amdan dan Asfan.

Dalam pada itu, Akim mengakui kemenangan itu seiring dengan tugas yang harus dipikul pada masa hadapan agar ia memenuhi kehendak peminat.

Akim Ahmad

Namun begitu, dia tidak menolak kejayaan itu tidak akan kekal lama kerana lebih ramai artis berbakat di dalam industri ini.

"Anugerah yang diberikan ini sebenarnya ada tanggungjawab besar namun ia juga bukanlah satu bebanan tetapi tugas dalam memastikan yang terbaik buat peminat perlu dilakukan.

"Ini kerana sebagai manusia kita tidak dapat meramalkan apa akan terjadi pada masa hadapan dan perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang bidang lakonan, Akim berkata, buat masa ini keutamaannya adalah kepada bidang muzik dan ingin mengukuhkan nama Akim & The Majistret terlebih dahulu.

Bagaimanapun kata Akim, dia tidak menolak sekiranya ada tawaran berlakon sekiranya dia mempunyai kelapangan dengan skrip yang sesuai.

“Fokus utama saya pada muzik manakala soal berlakon pula jika kena dengan skrip apa salahnya tetapi saya seorang yang memilih. Jiwa dan fokus saya pada muzik setakat ini,” katanya.

Terdahulu Akim menyatakan lagu terbaru mereka, Potret mendapat sambutan menggalakkan selepas berjaya berada di kedudukan tangga ketiga dalam iTunes dan memberitahu album sulung kumpulannya akan dipasarkan pada Mei depan.
Tags / Kata Kunci: Akim Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan