Abam Tidak Pernah Berasa Malu Bertubuh Besar

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 12:32 AM

Abam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Abam (Bocey) memberitahu kemenangannya menerusi kategori Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) adalah menjadi bukti bentuk fizikal seseorang bukan faktor untuk diterima oleh peminat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, meskipun individu berbadan besar sering dipandang rendah tahap kebolehan mereka namun dengan usaha dan keyakinan diri ia dapat mengubah perkara itu ke arah positif.

"Orang yang berbadan besar selalu dianggap tidak mampu melakukan perkara hebat dalam hidup mereka tetapi malam ini saya sudah buktikan sebenarnya sesiapa juga boleh berjaya sekiranya ada usaha dan keyakinan diri.

"Alhamdulillah trofi ini turut menjadi bukti bahawa bentuk fizikal tidak menjadi kayu pengukur untuk diterima peminat," katanya kepada mStar Online.

Menerusi kategori berkenaan, Abam berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Zizan Razak, Jep Sepahtu, Achey (Bocey) dan Shuib (Sepahtu).

Pada acara yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada Ahad lalu itu, pelakon Shaheizy Sam diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2014 buat kali ketiga selepas pernah merangkul trofi sama pada tahun 2010 dan 2012.

Abam

Dalam pada itu, mengulas mengenai slogan 'Gemuk is Awesome' menerusi ucapan kemenangannya, Abam berkata, ayat itu datang menerusi hatinya yang terlalu gembira apabila berjaya merangkul trofi pada malam itu.

Malah Abam turut menyifatkan kemenangannya pada malam itu adalah sebagai wakil orang yang mempunyai badan besar sepertinya dan berharap ia dapat dijadikan inspirasi kepada mereka untuk terus mengejar impian.

"Ayat tersebut keluar secara spontan dari hati dan saya tidak menyangka kemenangan pada malam ini kerana semua yang tercalon adalah hebat.

"Sebab itu saya katakan 'Gemuk Is Awesome' kerana belum ada lagi orang yang berbadan besar diangkat dalam anugerah Bintang Popular kerana kebanyakan peminat hanya menyokong seseorang berdasarkan paras rupa sahaja," katanya.

Sementara itu, Abam berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan fizikalnya kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak.

"Mungkin dengan fizikal yang besar ini orang akan lebih nampak saya berbanding yang lain kerana badan besar inilah membuatkan saya dikenali ramai.

"Bagi saya majoriti orang yang berjaya adalah mereka yang berbadan besar kerana orang yang kurus ini lebih banyak bercakap dari membuat kerja," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Abam menjelaskan dia akan terus bersama kumpulan Bocey kerana menggangap kejayaan yang diperolehi ini tidak akan dicapai tanpa sokongan mereka.

"Apa yang saya ada dulu adalah saya yang sekarang jadi tiada sebarang sebab mengapa saya perlu tinggalkan Bocey kerana mereka adalah tulang belakang saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama Bocey bakal muncul dalam pementasan Lawak Ker Der 2015 yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 16 hingga 19 April depan.
Tags / Kata Kunci: Abam , Bocey

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan