Syarul Ridzwan Tidak Tergugat Populariti Teman 'Hero Remaja'

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 5:30 AM

Syarul menjelaskan dia tidak tergugat dengan populariti dua lagi sahabatnya iaitu Fattah Amin dan Syafiq Kyle kerana menganggap itu rezeki masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syarul Ridzwan tidak berasa tergugat dengan populariti dua teman baiknya iaitu Fattah Amin dan Syafiq Kyle yang lebih menyerlah dalam industri lakonan.

Syarul atau nama sebenanrnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, kejayaan kedua-dua pelakon itu menempa nama terlebih dahulu daripadanya tidak seharusnya dijadikan isu kerana itu adalah rezeki masing-masing.

"Saya tidak rasa tergugat dengan populiriti mereka kerana semua ini terletak kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan.

"Mungkin rezeki mereka datang dahulu berbanding saya jadi ia tidak timbul isu kerana kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi industri tanah air," ujarnya kepada mStar Online.

Ketiga-tiga pelakon itu pernah menyertai pertandingan Hero Remaja 2011/2012 dan Fattah bergelar juara manakala Syafiq naib juara dan Syahrul berada di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Syarul menyangkal dakwaan sesetengah pihak melabelkan dirinya sebagai sombong selain menganggap tuduhan itu mengarut.

Syarul berkata, dakwaan dilemparkan itu tidak benar kerana tanpa kehadiran peminat karier lakonannya tidak akan pergi jauh seperti sekarang.

"Saya rasa isu seperti ini tidak harus timbul kerana jika ada peminat yang hendak bergambar saya akan berhenti untuk bergambar bersama mereka.

"Ini merupakan asam garam dalam industri sebagai seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian orang awan.

"Jika ada yang terlepas pandang mengenai perkara ini saya memohon maaf kerana tanpa peminat yang menyokong saya tidak akan berada disini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syarul berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran Hati Perempuan yang merupakan drama adaptasi novel dan akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 bermula 30 Mac menerusi slot Akasia di TV3.

Selain Syarul Ridzwan, drama 28 episod arahan Kas Roshan itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mia Ahmad, Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari, Hafeez Mikail dan Nazmi Adhwa.

Tags / Kata Kunci: Syarul Ridzwan , Fattah Amin , Syafiq Kyle.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan