Nomad Buat Lagu 'Dia' Kerana Rasa Tercabar

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 5:00 AM

Nomad kini selesa bergerak sendiri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nomad memberitahu dia memberanikan diri untuk keluar dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul Dia setelah dicabar oleh beberapa pihak dalam industri hiburan tanah air.

Nomad atau nama sebenarya, Nor Alief Ayub, 27, berkata, ramai yang mahu dia membuktikan bakat sebagai komposer berikutan pernah menyertai program realiti pencarian komposer Keynote lima tahun lalu.

"Selepas saya dikenali sebagai penyanyi dan menyanyikan lagu komposer lain, ramai yang menegur saya dan bertanya bila saya akan muncul dengan lagu sendiri.

"Jadi saya pun rasa tercabar dan mengambil keputusan keluar dengan single terbaharu berjudul Dia ciptaan sepenuhnya saya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Nomad, lagu ini juga bakal dijadikan lagu tema sebuah drama terbitan Astro berjudul Cikgu Timah Sekolah Bandar yang bakal disiarkan pada Mei depan.

Dalam pada itu, katanya, lagu tersebut hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, manakala penggambaran klip video dilakukan di Bali, Indonesia.

"Saya dapat idea buat lagu ini tiga hari sahaja, cuma ambil masa dua minggu untuk siapkan sepenuhnya proses rakaman. Selepas itu penggambaran klip video dibuat di Bali, Indonesia bersama produksi drama tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Nomad yang kini menguruskan kerjaya sendiri mengakui lebih mudah untuk dia membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat dirinya.

Jelasnya, pengalaman sepanjang setahun berada dibawah syarikat pengurusan sebelum ini banyak mengajar untuk dia belajar selok belok dalam industri.

"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bergerak sendiri dan buat keputusan yang dirasakan terbaik untuk diri saya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Nomad

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan