Allahyarham Juwie Sering Doakan Rakan Jadi Ahli Syurga

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 5:30 AM

Erra Fazira

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Allahyarham Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, disifatkan sebagai seorang wartawan yang berhati mulia dan sering mendoakan dengan kebaikan agar menjadi ahli syurga.

Pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41 berkata, arwah juga merupakan antara rakan wartawan yang banyak membantu kerjayanya dalam industri.

“Saya bermula dalam industri hiburan sewaktu Allahyarham masih lagi menjadi wartawan dan beliau seorang yang sangat baik hati dan lembut tutur katanya.

“Beliau selalu menghubungi saya bertanya khabar dan masih segar di ingatan saya, Allahyarham seringkali menggunakan kata-kata 'semoga Allah sering merahmatimu' apabila selesai berbual,” katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui di rumah keluarga Allahyarham di Taman Selayang Baru, dekat sini, pada Sabtu.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Jumaat pada pukul 10.30 malam akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru, pada pukul 10.30 pagi Sabtu.

Ziela Jalil.

 Penerbit drama, Ziela Jalil, 45, turut berkongsi cerita yang sama mengenai personaliti Allahyarham yang sentiasa menyusun tutur kata ketika berbicara agar tidak menguris perasaan serta sering menginggatkan tentang tanggungjawab kepada agama.

“Persahabatan saya bersama Allahyarham terjalin semenjak saya berumur 15 tahun, banyak perkara yang saya lalui bersamanya dan tidak dinafikan beliau seorang yang sangat baik hati.

“Allahyarham sering mendoakan rakan-rakan artis, teman sekerja dan semua orang serta menyebut agar kita ditempatkan di syurga,” katanya.

Tambah Ziela, Allahyarham Juwie juga sering memesan agar sebahagian rezeki yang diterima perlu disumbangkan kepada masjid dan badan-badan kebajikan yang memerlukan kerana harta di dunia ini hanyalah sementara.

Datuk Ahmad Nawab.

Bagi komposer, Datuk Ahmad Nawab, 82, berkata arwah seorang yang mudah untuk berkerjasama dan bersifat romantik.

“Saya sering berkolaborasi bersamanya dalam mencipta lirik lagu suatu ketika dulu dan ternyata beliau sangat hebat bermain dengan kata-kata puitis sehingga meninggalkan kesan di hati pendengar.

“Sebenarnya beliau mempunyai jiwa romantik dan selama saya mengenalinya, Allahyarham seorang yang sangat merendah diri dan tidak suka pada publisiti, “ katanya.

Allahyarham pernah menjuarai Juara Lagu pada tahun 1988 bersama Ahmad Nawab menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu nyanyian Ramlah Ram dan menghasilkan beberapa lagu popular era 90an.

Tags / Kata Kunci: Juwie , Erra Fazira , Ziela Jalil

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan