Primadona Neng Yatimah Lemah Tetapi Stabil

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seniwati Neng Yatimah berada dalam keadaan lemah tetapi stabil selepas disahkan mengalami masalah jantung dan kanser kolon pada tahap serius, Disember tahun lalu.

Menurut cucunya, Azlynna Mustapha, Neng kini masih meneruskan rawatan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak hospital.

"Kesihatannya semakin uzur tetapi stabil dan tidak banyak bergerak seperti dahulu, hanya duduk sahaja di rumah.

"Buat masa ini, dia masih dalam rawatan iaitu setiap dua bulan sekali akan ke hospital," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Neng Yatimah mendapatkan rawatan di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura.

Azlynna diminta komen mengenai perkembangan kesihatan neneknya yang diserang strok ketika dalam perjalanan pulang ke Singapura selepas menziarahi kematian menantunya Allahyarham Datuk Mustapha Maarof pada 15 Disember tahun lalu.

Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, 91, kini dijaga oleh cucu saudaranya, Isa Sawi di Woodlands, Singapura.

Tambah Azlynna, neneknya kini boleh bercakap seperti biasa, namun tidak dibenarkan untuk terlalu aktif bergerak.

"Dia boleh bercakap dan masih kenal semua orang disekilingnya, cuma tidak boleh terlalu aktif.

"Kalau dulu, dia sering minta untuk ke Kuala Lumpur bertemu dengan kami, namun sekarang terpaksa duduk di rumah sahaja," ujarnya.

Bagaimanapun, tambah Azlynna, adik-beradiknya yang lain sering menziarahi dan bertanya khabar tentang kesihatan neneknya itu setiap minggu.

Neng Yatimah merupakan promadona filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata.

Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.

Pada tahun 2007, beliu turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).

Anak beliau iaitu Roseyatimah telah meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1987 dan pada isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Tags / Kata Kunci: Neng Yatimah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan