Judika Terlepas Penerbangan Kerana Layan Anak

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 5:30 AM

Judika pernah tertinggal penerbangan sebanyak tiga kali kerana anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dari Indonesia iaitu Judika mendedahkan dia pernah terlepas penerbangan sebanyak tiga kali kerana terlalu asyik melayani anak pertamanya, Cleo Deora Boru Sihotang yang kini berusia lima bulan.

Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotan, 36, berkata, semenjak Cleo hadir dalam hidupnya dia sukar untuk berenggang dengan bayi itu sehingga terpaksa membeli tiket lain akibat terlepas penerbangan.

"Bukan sekali tetapi tiga kali saya terlepas penerbangan iaitu ke Surabaya, Medan dan Balik Papan untuk mengadakan persembahan akibat tiba lewat di lapangan terbang kerana leka bermain dengan anak.

"Akibat kejadian itu saya terpaksa membeli tiket lain tetapi saya seronok bergelar bapa kerana ia mengubah kehidupan saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Judika berkata, semenjak mempunyai anak, dia banyak mempelajari mengenai penjagaan kanak-kanak bagi membantu isterinya menguruskan bayi mereka.

Jelas Judika, dia teruja dengan Cleo kerana anaknya itu gemar mendengar dia menyanyi terutamanya lagu dendangan John Legend iaitu All Of Me.

"Tidak sukar untuk memujuknya sekiranya dia meragam saya hanya perlu menyanyi kerana dia gemar mendengar saya menyanyi terutamanya lagu All Of Me.

"Menjadi bapa adalah perkara paling indah yang pernah saya lalui dan kini hidup saya lebih bermakna," ujarnya.

Judika mendirikan rumah tangga dengan Duma Riris, pada 31 Ogos 2012.

Tags / Kata Kunci: Judika.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan