Syatilla Melvin Masih Ragui Bakat Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 5:30 AM

Syatilla mengakui masih meragui bakat lakonannya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Syatilla Melvin masih meragui bakat lakonannya meskipun sudah terlibat dalam bidang itu selama tiga tahun.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, perasaan itu wujud disebabkan dia sedar masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya dalam lakonan selain bidang itu bukan minat utamanya.

"Sehingga hari ini saya masih ada keraguan terhadap bakat lakonan yang saya miliki kerana bidang ini bukanlah sesuatu yang saya benar-benar minati dan secara kebetulan saya terlibat sebagai pelakon.

"Pada tahap ini masih banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi memantapkan mutu lakonan dari masa ke semasa," katanya kepada mStar Online.

Syatilla ditemui pada majlis pengumuman 18 finalis pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 yang diadakan di Restoran ROA Bangsar di sini, Rabu lalu.

Dalam pada itu, Syatilla berkata, perasaan itu bagaimanapun tidak bererti dia ingin mengundurkan diri daripada bidang lakonan sebaliknya menyifatkan keraguan itu adalah ingatan kepadanya supaya terus belajar dan mengutip pengalaman.

Katanya, kepercayaan diberikan oleh syarikat produksi kepadanya untuk memegang watak utama dalam beberapa drama tidak harus dipandang enteng sebaliknya ia adalah bukti kehadirannya dalam industri bukan sekadar tempelan.

"Dulu lakonan saya memang 'kayu' tetapi saya tidak menyesal kerana itu adalah pengalaman berharga dan saya belajar daripadanya.

Syatilla banyak meminta tunjuk ajar daripada pelakon lebih senior daripadanya.

"Malah ada artis berpengalaman dan pernah memenangi anugerah yang kadang-kadang turut mengalami masalah menghayati watak tetapi itu bukan bererti mereka tidak bagus kerana ia sebahagian daripada proses pembelajaran," katanya.

Tambah Syatilla, sebagai pelakon baharu dia juga tidak segan untuk meminta tunjuk ajar dan tip daripada pelakon senior demi memperbaiki mutu lakonannya.

Sementara itu, bercakap mengenai beberapa kontroversi yang pernah melanda namanya sebelum ini, Syatilla berkata, dia banyak mengambil iktibar daripada kejadian tersebut selain lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya.

Malah kata Syatilla, adalah lebih baik sekiranya dia tidak berkongsi kisah peribadi terlalu umum agar tidak timbul salah faham seperti mana berlaku sebelum ini.

"Biarpun ada beberapa kontroversi yang saya rasakan tidak patut berlaku tetapi itu adalah harga yang perlu saya bayar apabila bergelar anak seni.

"Namun sebagai seorang artis saya belajar bahawa saya perlu bijak mengawal perkara itu daripada berulang dan salah satunya dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syatilla Melvin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan