Nabil Ahmad Luaskan Kerjaya Muncul Di HBO Sentral

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 12:31 AM

Nabil Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad memperluaskan lagi biadang pengacaraannya setelah dilantik menjadi hos terbaharu HBO Sentral musim kedua menggantikan pengacara asal iaitu Lisa Surihani.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, dia menerima tawaran sebagai hos program berkenaan kerana ingin meningkatkan taraf kariernya sebagai pengacara selain melihat ia sebagai platform terbaik untuk menimba lebih banyak ilmu dalam bidang itu.

"Saya menganggap ini merupakan satu peluang terbaik terhadap kerjaya saya kerana tidak semua hos di Malaysia mendapat peluang untuk menjadi pengacara untuk HBO.

"Sebagai seorang pengacara saya mempunyai sasaran dalam hidup untuk melakukan sesuatu yang baharu dan menjadi hos dalam HBO ini adalah batu loncatan untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang pengacaraan," katanya kepada mStar Online.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai hos baru HBO Sentral di Ben's Publika, Hartamas Heights, di sini, Khamis.

Nabil Ahmad (tiga dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam HBO Sentral.

HBO Sentral merupakan sebuah rancangan yang akan mempromosikan kandungan terkini di saluran HBO dalam cara yang menyeronokan dan interaktif kepada penonton.

Dalam pada itu, Nabil berkata tawaran yang diterima merupakan rezeki anak keduanya, Layla Damita yang lahir pada 18 Mac lalu selain menggangap dia harus berkerja keras untuk mencapai sesuatu yang lebih daripada apa yang ada sekarang.

"Secara jujurnya saya mempunyai impian untuk menjadi hos di acara karpet merah Anugerah Oscar seperti Datuk Aznil kerana ingin mengetahui apa yang dirasai oleh beliau ketika mengacarakan anugerah itu.

"Ini merupakan sesuatu yang diidamkan dalam hidup saya kerana ia dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri," katanya lagi.

HBO Asia bakal menyiarkan tayangan serentak program HBO Original dari Amerika Syarikat agar penonton negara ini boleh menonton HBO pada masa yang sama seperti penonton di negara berkenaan.

Episod pertama HBO Sentral bersama Nabil akan bermula pada 26 April ini pukul 3 petang menerusi saluran Astro, HBO (411) dan HBO HD (431) yang akan disiarkan sebanyak 12 episod.
Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , HBO Sentral

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan