Shikin Dahlan Cemas Sebahagian Rumah Musnah Dilanda Ribut

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 12:41 PM

Shikin bersama suaminya, Jeffry Juhary.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dangdut iaitu Shikin Dhalan cemas akan keselamatan ibu dan bapanya selepas rumah keluarganya di Jelebu, Negeri Sembilan dilanda hujan ribut sehingga memusnahkan beberapa bahagian rumah pada petang Rabu.

Shikin atau nama sebenarnya Aishah Dahlan, 35, berkata, sebahagian besar bumbung rumah tersebut turut tercabut termasuk pada bahagian bilik menempatkan bapanya yang lumpuh sebelah badan akibat penyakit angin ahmar.

"Apabila diberitahu tentang kejadian itu perasaan saya jadi tidak menentu kerana bimbang keadaan bapa yang tidak mampu berjalan akibat strok.

"Alhamdulillah serpihan bumbung yang tercabut tidak terkena pada bapa saya yang berehat di dalam bilik berkenaan dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya apa-apa berlaku kepada bapa jika bumbung itu menghempap dia," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi disini pada Khamis.

Sebahagian bumbung rumah berkenaan tercabut.


Ketika kejadian kira-kira pukul 7 petang itu,  turut berada di dalam rumah berkenaan adalah ibunya dan anak perempuan Shikin iaitu Qistina Balqis, 10 tahun.

"Syukur sangat kejadian itu berlaku sebelum solat Maghrib kerana bumbung turut terbuka di ruang solat dan bayangkan jika ia berlaku semasa ibu saya sedang sembahyang, mungkin ia akan memudaratkan. Alhamdulillah dia selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, Shikin berasa terhutang budi terhadap penduduk kampung yang datang ke rumahnya untuk menyelamatkan bapa dan ahli keluarga lain kerana mereka turut bimbang sesuatu terjadi kepada mereka.

"Jika tiada jiran terdekat yang datang membantu mungkin ada perkara buruk lain berlaku. Saya terhutang budi dengan mereka semua," katanya.

Antara kerosakan lain yang turut berlaku pada rumah yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun kata Shikin, meskipun sedih dengan kejadian menimpa keluarganya namun mereka reda dan menganggap perkara itu sebagai satu dugaan daripada Allah buat mereka.

"Banyak kenangan kami sekeluarga di rumah itu tetapi ini semua ketentuan Illahi dan paling penting semua selamat," jelasnya.

Sementara itu, Shikin berkata, dia sedang bersiap-siap untuk pulang ke Jelebu bagi melawat keluarganya selain melihat sendiri keadaan rumah tersebut.

Tags / Kata Kunci: Shikin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan