Cakra Khan Punyai Tabiat Seperti Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:02 AM

Cakra memberitahu gemar menikmati makanan pedas sebelum mengadakan persembahan kerana ia dapat membantu memanaskan suaranya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Cakra Khan mendedahkan dia tidak menyangka mempunyai persamaan dengan Datuk Siti Nurhaliza ekoran tabiat mereka yang gemar menikmati makanan pedas sebelum mengadakan sesuatu persembahan.

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 24, berkata, ketika merakamkan lagu duet mereka berjudul Seluruh Cinta untuk album Siti iaitu Fragmen, mereka sama-sama menikmati masakan Padang sebelum memulakan proses rakaman di Jakarta tahun lalu.

"Kolaborasi diantara kami juga satu kebetulan yang sehingga kini saya masih tidak percaya apatah lagi mengetahui kami mempunyai tabiat sama iaitu suka makan makanan pedas sebelum mengadakan persembahan atau melakukan proses rakaman.

"Sebelum merakamkan lagu tersebut kami sama-sama menikmati masakan Padang yang pedas di Jakarta dan itu antara pengalaman terbaik saya," katanya kepada mStar Online.

Cakra ditemui pada sesi temubual bersempena persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana pada Selasa.

Selain Cakra, dua lagi penyanyi iaitu Marcell dan Judika turut hadir pada sesi temubual itu dan persembahan mereka bertiga bakal berlangsung pada Rabu (hari ini) di Hotel Istana di sini.

Judika, Marcell dan Cakra bergandingan untuk persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana pada Rabu (hari ini).

Dalam pada itu, Cakra berkata, dia bakal merakamkan sebuah lagi lagu duet bersama artis Malaysia namun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara itu buat masa ini.

Selain itu kata Cakra, dia juga sedang mengintai peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa Ed Sheeran untuk album terbaharunya nanti.

"Setakat ini pihak syarikat rakaman masih sedang cuba untuk mendapatkan Ed Sheeran dan masih belum ada sebarang pengesahan berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun tidak salah untuk mencuba kerana saya amat meminatinya sementara duet bersama seorang artis Malaysia saya masih belum boleh dedahkan butiran mengenainya," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Istana, Cakra berkata, dia teruja dapat bergandingan dengan Marcell dan Judika memandangkan dia masih baharu dalam industri seni suara.

Ia satu penghormatan apabila dapat bergandingan dengan mereka apatah lagi untuk menghiburkan para tetamu pada acara istimewa di Kuala Lumpur.

"Saya masih baharu sebagai penyanyi dan peluang dapat mengadakan persembahan di atas pentas sama bersama dua penyanyi terkenal adalah satu penghormatan buat saya.

"Apa yang boleh saya janjikan persembahan pada petang itu nanti pasti akan meninggalkan kenangan buat semua yang hadir," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Cakra Khan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan