Kos Murah Jadi Sebab Penggambaran 'Bencinta' Di Luar Negara

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2015 5:00 AM

Bencinta menampilkan lakonan hebat Fattah Amin dan Nur Fathia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh menyifatkan kos penggambaran drama di luar negara adalah lebih rendah menyebabkan pihaknya menyukai lokasi luar dalam penghasilan drama.

Fadzil berkata, kebanyakkan tempat yang dipilih untuk penggambaran di luar negara tidak mengenakan bayaran berbanding di negara sendiri selain terdapat pelbagai kemudahan menarik yang boleh ditonjolkan.

"Terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk melakukan penggambaran di luar negara dan kesemua itu adalah percuma berbanding melakukan pengambaran di Malaysia yang mengenakan caj tertentu.

"Selain itu, ia juga dapat memudahkan pelakon berkumpul untuk menjalani pengambaran kerana kami menetap di tempat yang sama," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Selasa.

Bencinta menjalani penggambaran di Kuwait.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas drama terbaharunya iaitu Bencinta yang menjalani penggambaran di Kuwait pada tahun lalu.

Selain drama berkenaan drama-drama Zeel Productions lain yang menjalani penggambaran di luar negara antaranya Atas Nama Cinta (Perth, Australia), Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (Abu Dhabi, UAE), Cinta Agra (Agra, India) dan Kiah Pi Jepun (Jepun).

Bencinta akan disiarkan pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10 malam bermula 31 Mac menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama arahan Shuhaimi Lua itu menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fathia, Erwin Dawson, Bella Dally, Nazeera Sardi, Datuk Eizlan Yusof, Amy Mastura dan Sabrina Ali.

Dalam perkembangan sama, pelakon utama drama itu, Fattah Amin, 25, berkata, cabaran yang dihadapi ketika membawa watak sebagai Nabil dalam drama Bencinta berbeza dengan watak yang dibawanya sebelum ini.

"Saya harus mempunyai dua karakter dalam drama ini kerana orang akan tertanya-tanya sama ada watak nabil ini merupakan seorang yang baik ataupun jahat kerana dia mempunyai dendam tentang kisah silam yang terjadi.



"Kelainan drama ini ialah sikap Nabil yang memberontak kerana rasa marah tidak kesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid," katanya.

Drama Bencinta mengisahkah bagaimana seorang pemuda bernama Nabil (Fattah) yang mempunyai perasaan dendam terhadap Datuk Majid (Eizlan Yusof) apabila usahawan itu telah melanggar ibunya.

Datuk Majid yang simpati dengan nasib Nabil kerana statusnya sebagai anak yatim piatu mengambil pendektakan menjadikannya sebagai anak angkat dan memeliharanya sehingga dewasa.

Akibat dendam Nabil yang tidak berkesudahan itu turut menimbulkan masalah dalam keluarga bekenaan. Namun dia mempunyai perasaan cinta terhadap Nabila (Fathia) iaitu adik angkatnya yang juga anak Datuk Majid.

Tags / Kata Kunci: Bencinta , Fattah Amin , Nur Fathia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan