Sherson Lian Ajak Remaja Berniaga 'Food Truck'

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 5:30 AM

Sherson Lian

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara rancangan masakan Sherson Lian mengajak remaja  supaya menceburi bidang perniagaan 'Food Truck' atau ‘makanan bergerak’ yang telah menjadi trend masa kini.

Sherson atau nama sebenarnya Sherson Lian, 30, berkata, ini merupakan satu peluang untuk remaja membuka perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal kecil kerana ia mempunyai masa dengan yang cerah.

"Dulu jika ingin membuka perniagaan mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai malah perlu mencari lokasi yang sesuai memulakan perniagaan.

"Kini dengan adanya 'Food Truck' mereka bebas bergerak untuk berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai tanpa perlu bergantung pada satu kedai sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sherson Lian  

Tambah Sherson lagi, seseorang perlu mempunyai keaslian tersendiri dalam menjual makanan supaya ia dapat menarik minat pengunjung untuk datang membeli makanan tersebut.

Tambahnya, seseorang yang memperkenalkan Food Truck hendaklah menghasilkan masalah yang sedap dan unik  kerana ia akan menarik minat orang ramai untuk datang lagi kerana makanan tersebut tiada dijual ditempat lain.

"Mereka harus memiliki idea yang baharu supaya dapat memberi kelainan pada perniagaan yang dijalankan," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Sherson berkata berbeza daripada lelaki-lelaki lain, dia meminati bidang masakan kerana ia mempunyai kesenian tersendiri.

Malah dia juga menyangkal persepsi segelintir lelaki yang menganggap bidang ini untuk kaum wanita.

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan makanan. Sejak kecil lagi saya sudah disuruh membantu ibu saya di dapur.

"Mulanya memang saya tidak suka kerana itu adalah kerja kaum wanita, tetapi lama kelamaan saya semakin minat memasak,” katanya.
Tags / Kata Kunci: Sherson Lian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan