Sharnaaz Ahmad & Anis Al-Idrus Sudah Temui Keluarga

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 5:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu dia sudah memperkenalkan Sharnaaz Ahmad kepada keluarganya sejak pada awal perkenalan mereka.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, perkara tersebut dilakukan supaya keluarganya tidak bimbang selain boleh mengenali lelaki yang rapat dengannya.

"Saya memang akan kenalkan kawan-kawan saya kepada keluarga, begitu juga Sharnaaz. Sejak mula kami berkawan lagi saya sudah temukan dia dengan keluarga agar keluarga mengetahui dengan siapa saya berkawan.

"Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa daya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia)," ujarnya kepada mStar Online.

Anis berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan cintaannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Anis turut mengakui dia juga sudah bertemu dengan keluarga Sharnaaz ketika meraikan hari jadi pemuda itu tahun lalu.

"Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia," ujarnya.

Sementara itu, Anis berkata, dia menganggap Sharnaaz sebagai tulang belakangnya terutama sekali terhadap perniagaan butiknya yang beroperasi di Alam Avenue 2, Shah Alam.

Katanya, Sharnaaz banyak memberi semangat dan membantunya dalam segala hal termasuk menjadi tempat dia mengadu masalah.

"Saya seorang wanita yang lembik dan kalau tidak kerana dia yang banyak bantu, tidak mungkin saya kini ada sebuah butik sendiri walaupun sudah tiga tahun berniaga tudung.

"Dia adalah tulang belakang dan tempat saya mengadu masalah," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang langkah seterusnya mengenai hubungan mereka, Anis meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Sharnaaz.

"Sebagai perempuan saya tidak layak untuk komen tentang perkara berkaitan hal perkahwinan. Apa-apa pun biar dia yang beri kenyataan tentang hubungan kami.

"Buat masa ini apa yang saya boleh cakap,  dia adalah dia lelaki paling rapat dengan saya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus , Sharnaaz Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan